Kenapa masih ada pemimpinnya mundur, rendah mentaliti !
PAS yang ditubuh pada tahun 1951 adalah atas kesedaran
masyarakat Melayu waktu itu yang mahukan Islam dapat ditegak dan didaulatkan di
negara ini. Di peringkat awal
penubuhannya PAS mahu menjadi sebuah
parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang
dilaksanakan oleh UMNO. Maka sebab
itulah kepimpinan PAS ketika itu dipelopori
oleh para ilmuan agama dan
pencinta agama.
Tetapi PAS hari
ini sudah jauh berubah, PAS semakin dinamik dan ahlinya semakin bertambah. Ramainya
penglibatan para akademik dan ahli-ahli
profersional semakin ketara. Dan hari
ini terbukti gabungan ketiga-tiga gulungan ini – ilmuan agama, akademik dan
ahli profersional telah meningkatkan imej PAS. Dasar, matlamat dan halatuju
parti menjadi semakin mantab! InsyaAllah
PAS sedang menuju kezaman yang lebih gemilang!
Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh PAS iaitu untuk
terus maju dan berkembang. Lebih-lebih lagi dalam usaha menyaingi Umno untuk menjadi sebuah parti
dominen,, seterusnya mengambil alih tampok pemerintah. Tetapi malangnya ada segelintir pemimpin PAS
tidak suka ahli akademik dan profersional teribat dalam saf kepimpinan. Mereka
ini terlalu taksub dengan ulamak,, biarlah ulamak saja yang menguasai PAS. Sikap dan pendirian sebegini seolah-olah
mereka ini lebih suka PAS kembali kezaman
50an dan 60an, dimana PAS hanya gah sebagai parti kampong, parti Tok-tok
Guru dan Pak Lebai saja.
Siapa ahli PAS yang mentaliti rendah
ini ? :
1. Mereka ini ialah gulungan yang seolah-olah hanya
mementingkan akhirat. Mereka tidak suka PAS berkerjasama dengan parti
bukan Islam, justeru, maka sudah tentu
mereka ini lebih teruk dari Umno, kerana
Umno sendiri pun mengakui betapa perlunya kerjasama dengan parti bukan
Islam, terutama untuk mendirikan sebuah
kerajaan.
2. Mereka ini juga ialah dari gulungan yang suka dipujuk,
mudah dipujuk, terutama apabila dijanjikan sesuatu oleh pemerintah. Mereka
ini umpama pelanduk yang begitu mudah lupakan jerat, sedang mereka sendiri
pernah dicengkam oleh ketajaman besi jerat tersebut.
3. Mereka ini adalah juga dari gulungan yang tak tahu menilai antara kawan, penyangak dan
pengkhianat.. Parti yang sudah nyata
sifatnya sebagai pengkhianat bangsa masih mahu dikawani, parti yang mengaku Islam tetapi mempermainkan
Islam itu juga yang mahu diberi
kepercayaan.
Kepada Dr Hasan Ali, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan mereka
yang sewaktu dengan dengannya, sedar dan
insaflah!! Dasar dan matlamat perjuangan
PAS tak pernah berubah seperti yang kalian dakwa. Yang berubah hanyalah cara dan pendekatannya
! Orang menunai haji ke Mekah pun sudah berubah. Dulu naik unta,atau berjalan kaki, kemudian naik kapal laut, tetapi sekarang orang naik kapal terbang atau
jet, begitu juga PAS ! Takkanlah kalian mahu PAS duduk di takuk lama
atau berundur kebelakang? Sia-sia kalian
berpelajaran tinggi tapi berfikiran jumud !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan