Rabu, 24 Oktober 2012

Bajet BN defisit 15 tahun berturut-turut,

Dikhuatiri negara di ambang muflis!!
 
Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Malaysia telah  mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut semenjak tahun1998, hinggalah ke Bajet 2013 yang sedang dibahaskan sekarang.

Menurut Anwar tahap difisit melampau ini sangat membimbangkan, kerana tidak mustahil ia boleh berlanjutan hingga ketahun-tahun berikutnya. Kini semuanya sudah berlaku dan sedang berlaku,,,berpunca dari ketidakcekapan dan salah urus tadbir kerajaan BN pimpinan Najib. Tabiat boros,  menyeleweng dan dan rasuah dikalangan mereka bagaikan sudah meresap dalam jiwa. 

Mengimbau kembali ketika DS Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997,,  belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus. berbanding era Menteri Kewangan sekarang (Najib 2009- 2011) yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja. 

Suara-suara pemimpin UmnoBn yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan ekonomi sedangkan negara di ambang muflis angkara kepincangan pengurusan ekonomi yang mereka lakukan ternyata omong-omong kosong!  Sebaliknya rekod sebenar telah membuktikan kerberkesanan kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mengurus tadbir negeri jauh lebih baik daripada BN.  

Maka untuk mengelak Negara ini dari terus dilanda musibah, rakyat harus bertindak bijak.  Mereka wajar bersedia untuk menukar kerajaan sebelum negara dilanda krisis ekonomi dan peningkatan hutang kerajaan yang menggerunkan selama di bawah kerajaan UmnoBn.

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan