Jumaat, 12 Oktober 2012

Us.Nasha buat hal lagi,, perlukah PAS melayan?


Nampaknya memang Ustaz Nasharudin Mat Isa ini mahu PAS memecatnya. Lepas satu satu isu yang ditimbulkannya, semuanya mengenai dasar PAS. Terbaru,  beliau secara terang-terang membuat kenyataan menentang dasar partinya sendiri.

Melihatkan sikap ustaz yang kaya dengan ilmu agama ini, memang pelik. Macam ada yang tak kena !   Dulu lain, sekarang lain, dulu faham dan terima dasar parti,  tetapi sekarang tidak!  Semua perubahan ini berlaku, setelah beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS yang disandangnya..
 
Dalam sidang media selepas  “Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah”  di PWTC, kelmarin beliau mendakwa PAS hari ini telah lari dari landasan perjuangan sebenar !  PAS menjadikan kuasa sebagai matlamat  nombor satu,,  manakala kepentingan agama  nombor dua,  katanya,  walhal PAS tidak begitu.

Menurut Ustaz Nasha lagi beliau tidak bersetuju kerjasama PAS dan DAP.  Ekoran dari beberapa kenyataannya itu, beliau bersedia sekiranya dikenakan tindakan disiplin! . Keahliannya dalam PAS  tidak penting berbanding ketegasan beliau menjaga kepentingan Islam,, katanya.,,  Kah! kah, kah ! masa ada jawatan senyap!,  bila dah tak ada jawatan buat bising dan tunjuk hebat pulak  

Duhai ustaz kesayangan Najib !  Orang ramai dan seluruh ahli PAS sedar yang kebanyakan kenyataan ustaz serupa dengan kenyataan Dr Hasan JATI dan senada dengan suara pemimpin Umno.   Umno kutuk PAS berkerjasama dengan DAP, ustaz pun  sama kutuk.  Umno kata PAS telah menggadaikan perjuangan Islamnya,  semata-mata untuk mendapat kuasa,  ustaz pun cakap benda yang sama.


Akhir sekali teman nak Tanya Ustaz beberapa soalan. Biarlah teman Tanya, teman juga yang Jawab.!!
Soalan  : Kenapa setelah hilang jawatan Timbalan Presiden PAS, baru sekarang sibuk nak protes itu dan ini?  
Jawab :  Barangkali ustaz  sudah diusik atau dihasut oleh Syaitan-syaitan Umno.

Soalan :  Kenapa bila Karpal Singh tak setuju dengan Hudud ,  baru sekarang ustaz melenting dan buat kecuh!  tetapi bila  Presiden MCA hina dan kutuk Hukum Hudud ustaz diamkan diri je?    Jawab : Sebab MCA adalah kawan UMNO. Presiden MCA  juga ngam dengan Presiden Umno!

Soalan :  Kenapa baru sekarang ustaz menentang hubungan baik PAS dan DAP? Sedangkan kerjasama antara keduanya telah lama wujud?    Jawab :  Agaknya Ustaz baru tahu yang Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bukan beragama Islam!!

Soalan :  Kenapa Ustaz menentang keputusan parti yang dibuat oleh Majlis Syura’?   Jawab :  Mungkin Ustaz menganggap kebijaksanaan kepala Ustaz melebihi kebijaksanaan sepuluh kepada yang ada dalam Majlis Syura’

Kesimpulan 1 :   Ustaz kata kuasa itu tidak penting !  Mana ada parti politik dalam dunia ini kata kuasa tak penting. Semua parti politik dibentuk kerana hendakkan kuasa dan hendak memerintah. Kalau Ustaz Nasha menganggap kuasa tidak penting,  lebih baik parti PAS  ditukar saja kepada badan NGO atau badan dakwah. Kenapalah bengap sangat Ustaz ni?

Kesimpulan 2 :  Teman fikir, oleh kerana Ustaz Nasharudin sudah hilang kewarasannya, eloklah PAS jangan mengambil apa-apa tindakan terhadapnya. Jangan dilayan!  biarkan saja !  Kalau boleh jangan beri sebarang respon,  kerana kalau PAS respon atau melatah itulah yang dia mahu.  Dia mahu PAS memecatnya, kerana dengan cara itu lebih mudah untuk dia bertindak balas !  Skripnya sama macam skrip Hasan JATI

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. Begitulah bila kalah sabong terus jadi"Ayam berak kapor" berkokok sumbang dan tak mengikut jadual kebiasaan ayam berkokok. Kokoknya pula mengikut time anjing menyalak. Ayam lain nmpak malaikat tapi "Ayam berak kapor" ni nampak setan je macam anjing juga. Nak sembelihpun dah banyak rawit jadi
    eloknya keluarkan dari reban masukkan bawah "perkop" naanti rawitnya berjangkit.
    ADAPUN TAK MEMBERI MANFAAT TAK ADA TIDAKLAH RUGI
    TAPI LEBIH BAIK TAK ADA.

    BalasPadam