Khamis, 11 Oktober 2012

Debat bukan budaya kita !! Najib tak malu hadir?


Pemimpin Umno pernah berkata “Debat bukan budaya kita” dan PM Najib pernah menunjukkan reaksi takutnya untuk berdebat dengan DS Anwar,, seolah-olah beliau mengakui  bahawa aktiviti debat adalah amalan tidak bermoral dan perlu di jauhi atau dihindarkan.

Tetapi,  lihatlah kelmarin,  tanpa rasa malu Najib bukan saja hadir di pertandingan akhir  “Debat Perdana 2012” merebut piala Perdana Menteri, bahkan merasmi dan memberi ucapan lagi. 
 
Kah!  kah, kah!  Inilah dia yang dikatakan cakap tak serupa bikin - lain yang diucap lain yang dibuat. Kalau dah bukan budaya kita kenapa Najib terhegeh-hegeh hadir!  Kenapa tak hapuskan saja budaya atau aktiviti debat di sekolah mahupun di Universiti?

Oleh : rahim,othman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan