Isnin, 8 Oktober 2012

Undi pembangkang sama dgn Undi Soros ?


Undi Umno = Undi neraka,, itu lebih sesuai,,,
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semalam, membuat satu kenyataan yang menyifatkan,   mengundi pembangkang sama dengan mengundi Soros!   Wow! biar betul!   Ini satu dakwaan yang amat dangkal, bebal, dan kehabisan modal !  Apakah Mahathir ingat seluruh rakyat Malaysia ini kenal sangat dengan Soros?.

Sepatutnya Mahathir kata,  mengundi UmnoBn sama dengan memilih  jalan ke neraka!  Itu lebih sesuai !  Atau setidak-tidaknya beliau boleh berkata mengundi UmnoBn sama dengan mengundi Mahathir@Mukhriz. Kerana rakyat faham dan kenal siapa Mahathir, siapa Mukhriz.  Mukhriz  rakyat Malaysia (bukan Yahudi) yang teringin sangat nak jadi menteri Besar Kedah, sedangkan Soros pula seorang penyangak yang tak ada kena mengena dengan Malaysia.   

Jadi untuk rakyat Malaysia memilih atau menyokong Soros adalah tidak masuk akal sama sekali!   Duhai Tun Mahathir bekas PM yang tak mengaku nyanyuk!  Negara Malaysia tak perlukan Soros! Malaysia negara kaya yang boleh berdiri di atas kaki sendiri ! 

Cukuplah Tun! Buang tabiaat nyanyuk itu !  Jangan bercakap merapu dan meraban lagi! Bersikap jujurlah kepada diri sendiri! Jangan ajar rakyat menipu !  Rakyat dah muak dengan UmnoBn!,  Hargailah harapan dan kerinduan rakyat terhadap sebuah kerajaan yang telus, ikhlas, adil, harmoni dan bertanggung jawab. Hanya PR yang mampu melakukannya.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan