Ahad, 28 Oktober 2012

Melayu mengemis angkara siapa?


Orang Melayu kini umpama mengemis di negeri sendiri,, demikan kata Tun Mahathir  dalam satu majlis Ekonomi Melayu baru-baru ini.  Salah siapa? bukan salah PAS,. bukan salah DAP atau PKR !  tetapi salah Umno sendiri,  Mahathirlah yang menjadikan sekelumit orang Melayu kaya-raya,  tetapi dalam masa yang sama membiarkan jutaan orang Malayu menjadi pengemis di bumi sendiri.

Bagaimana ia boleh berlaku? Ia berpunca dari ketamakan dan kerakusan berkuasa.  Selama memerintah setiap pemimpin Umno sudah tertanam satu cita-cita besar ! -  iaitu menjadi pemimpin yang hebat, kaya dan bergaya. Justeru setiap peluang-peluang mengumpul harta dan kekayaan mesti menjadi keutamaan,  Ia mesti dikaut semahu-mahunya.  tanpa mengira halal haram walaupun menghakis hak orang Melayu sendiri .

Maka semenjak dulu hinggalah ke hari ini tertegaklah jenarasi Melayu yang kaya raya, yang hidup mewah,,, seperti Mahathir anak beranak.  Begitu juga pemimpin UMNO Pusat dan Negeri bersama anak-anak, keluarga terdekat, dan kroni-kroni mereka. Hidup senang lenang kerana menyalahguna kuasa yang diberi oleh rakyat.  Orang Melayu taraf pertengahan dan bawahan kebanyakanya hidup mengemis kerana harta negara yang sepatutnya dimiliki bersama telah habis dirompak oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya! 

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan