Dalam satu ucapan ketika merasmikan Persidangan
Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini semalam, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak berkata
pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani "turun
ke gelanggang" untuk berjuang demi rakyat walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabaran.
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," tegas Najib lagi. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar.
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," tegas Najib lagi. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar.
Kepada seluruh rakyat Malaysia ! Lihatlah lakunan perdana menteri kita yang
bernama Najib Tun Razak ini. Beliau, kalau bercakap punya le hebat,,
sehingga microphone pun macam nak
ditelannya. Setakat itu sajalah keberanian beliau,, bercakap sorang-sorang,
tanpa disanggah oleh sesiapa,, diajak
berdebat dia tak berani !!
Kelmarin DS Anwar jemput dia hadir ke parlimen untuk
berdebat soal bajet 2013, tetapi batang
hidung dia pun tak nampak. Tetapi lebih
mengejutkan, tiba-tiba dia muncul
ditempat lain, berkokok bergegar-gegar.bercakap
pasal semangat dan keberanian! Dia tak sedar dia sedang lari dari cabaran Anwar
serta tanggung jawab berdebat diparlimen Apa jenis pemimpin le macam ni? Usah kata jadi Perdana Menteri! jadi ketua
pembangkang pun tak layak!!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan