Selasa, 23 Oktober 2012

MCA semakin lemah, semakin kurang ajar !


Umno tak berani angkat muka!  Soi Lek tunjuk hero!menentang hudud yang tak ada kena mengena dengannya !
 
Kedudukan parti MCA kini begitu lemah,, 2x5 dengan Umno,, sebab itu presidennya tunjuk berani, garang dan sedikit kurang ajar !  Nak bercakap soal perpaduan mereka dah tak mampu! Apa yang mereka boleh buat ialah bercakap merapu, ikut suka hati!   Selaku Presiden sebuah parti yang masih bermaruah, Dr Chua Soi Lek sepatutnya perlu berhati-hati dalam memperkatakan hal-hal sensitif. 

Jangan sibuk sangat bercakap fasal penentangannya  terhadap  hukum hudud. Hudud tiada kena mengena dengan dirinya, keluarga atau kaumnya yang bukan beragama Islam.  Akhir-akhir ini kelantangan dan sikap kurang ajar Dr Chua  begitu ketara dalam isu hudud ini  - tanpa rasa segan dan hormat lagi kepada orang Islam.  Janganlah kerana ada pemimpin Umno yang tak hormatkan Islam kerana kejahilan mereka,  maka anda mengambil kesempatan pula untuk menentang hudud !  Jangan biarkan sikap melampau anda menguasai diri.  Sedarlah !  orang Islam sendiri pun tidak pernah masuk campor urusan agama anutan anda.   

Kepada Dr Chua Soi Lek!!  Adalah lebih baik anda bising kerana membantah perbuatan rasuah dan penyelewengan pemimpin UmnoBn . Atau setidak-tidaknya anda menentang hubungan akrab DAP dengan PAS,, sambil memberikan hujjah-hujjah yang bernas,  bukan isu agama yang ada unsur perkauman!!  

Berbalik kepada soal hudud yang pemimpin parti lain tak pernah nak sibuk, melainkan anda,, apa sebenarnya tujuan anda menentangnya? Nak tunjuk hero kepada orang bukan Islam? Atau anda  nak jadi hero kepada orang Islam kerana anda tak sanggup melihat orang Islam yang mencuri yang layak dihukum potong tangan menerima hukuman mereka?  Ha, ha, ha! ,,, kesiannya !!  anda nak jadi hero tapi tak kena tempat !  Cukuplah anda menjadi hero dalam sebuah video hangat !

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan