Sabtu, 27 Oktober 2012

Dia melenting - tak setuju pandangan Dr Asri


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang  melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Dakwaan Dr Asri itu tidak adil,, tunjukkan bukti kalau betul ada ulamak  yang hanyut atau terlibat politik wang, ,, katanya.  Kah, kah, kah!  Dia dah perasan, diri dia tu ulamak. Belum pernah berlaku lagi ada ilmuan agama mengangkat diri sendiri sebagai ulamak. Sekarang ustaz muda ni macam sudah terperangkap !  Pepatah ada mengebut – “Siapa makan cili dialah terasa pedasnya !  Barangkali ustaz ini sudah terasa pedas dan panasnya.    Itulah,,,bila dijemput hadir untuk berwacana,  anda tak datang,  tetapi bila dah kena sindir,  tahu pulak melenting!!!

Wahai Ustaz Fathul Bari yang sudah menyertai Umno lebih dua tahun lalu !  Orang ramai tidak terkejut jika anda bermati-matian mempertahankan Umno, kerana itu adalah kehendak anda dan rakan-rakan anda sejak mula lagi.  Tetapi hingga kehari ini apakah anda berbangga menjadi ulamak muda parti Umno?  Adakah anda membuat senarai semak?  Sudah berapa banyak agenda atau nasihat anda diterima oleh Umno? 
Sedarkah Ustaz kebanyakan pemimpin Umno adalah berkepala batu dan penuh dengan sifat hipokrit? Setahu teman sudah banyak ulamak Umno atau ulamak dalam kerajaan Umno gagal berperanan sebagai penasihat Umno. Akhirnya sesetengah dari mereka menunjukkan sikap protes dengan menyertai parti pembangkang. Mungkin ada diantaranya yang rela menjadi ulamak bisu daripada dikenakan apa-apa tindakan.  Kalau nak kata ulamak Umno ada terima rasuah politik, teman tak pasti,,  tetapi dengan menjadi ulamak bisu pun bukanlah  bermakna mereka tidak menerima rasuah politik!! . Jangan-jangan ulamak bisu itu setaraf dengan syaitan dikenali (UmnoBn)
Duhai ustaz Fathul !  janganlah terlalu emosi !  Dr Asri bukanlah ahli PAS, bukan ahli DAP mahupun PKR !  Teguran dan pandangannya adalah ikhlas.  Terimalah dengan hati terbuka !   Apa yang Ustaz risau sangat? Teguran Dr Asri tidak akan membuatkan Islam berpecah. Tetapi kalau Ustaz takutkan Umno yang berpecah, apa boleh buat, itu hak ustaz sebagai ahli Umno.  Teruskanlah sokongan anda walaupun kemunafikan dan kemungkaran Umno begitu nyata !!
 Oleh : rahimothman 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan