Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana
tempoh edah semakin dekat nak tamat, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen
akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.
Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila “janji
ditepati” nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet
2013 tempoh hari? Rakyat Malaysia sama
ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan.
Gulungan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan
pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka.
Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M250 dan “one
off” RM1000 untuk bekas tentera.
Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat
pilihanraya. Rakyat semakin cerdik,, petani, peneroka atau penjaja pasar malam
pun boleh meramalnya. Walaupun Najib ada
menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya
April tetapi itu adalah helah
Najib. Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk
dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!. Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat
manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan.
“Janji Ditepati”
yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, terutama
yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal
Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember
2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis.
Oleh : rahimothm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan