Semalam, Mahkamah Rayuan
menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal
Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu pada Oktober 2006.
Sudah tentu penangguhan ini terpaksa dibuat kerana ada
kepentingan! Siapa lagi kalau bukan kepentingan
PM Najib yang umum telah mengetahui beliau ada kaitan dengan kes! Sesungguhnya Najib amat takut kekalahan mudah
akan menimpanya dalam PRU 13 nanti, andainya kes ini diteruskan juga.
Itu satu hal,..
tetapi satu hal lagi yang teramat-amat penting untuk diketahui oleh
rakyat Malaysia ialah,, sanggupkah dua pegawai polis berkenaan memberi tahu
mahkamah siapa yang mengarahkan mereka mmembunuh wanita Mongolia itu ? Rakyat
tentu tidak sabar untuk melihat antara mereka dan bos mereka siapa yang paling
mengeletar lututnya!!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan