Berhentilah memburu penjenayah yang bukan penjenayah
Menteri yang berkenaan atau pihak polis, diharap jangan
lagi sibuk dan ghairah membuat kenyataan
kononnya kadar jenayah sudah menurun!!
Jangan seronok sangat bermain dengan
angka-angka yang sengaja diturunkan !
Cukup! dan berhentilah menipu orang ramai! Mereka bukan bodoh kerana hari-hari mereka
dihidangkan dengan berita jenayah.
Sebenarnya kadar jenayah hari ini
sangat membimbang dan menakutkan ! Di
tempat kerja, di kilang, di masjid, di pusat membeli-belah, di perjalanan,
malah dirumah jenayah boleh berlaku. Di
mana-mana pun nampaknya sudah tidak ada jaminan keselamatan lagi! Kenapa ini berlaku? Jawabnya mudah,, penjenayah merasa diri mereka masih selamat ! kerana polis
Malaysia asyik sibuk dengan kerja politik yang tak sepatutnya. .
Sebelum ini kita pernah dengar rumah exco di masuki penjenayah, begitu juga rumah VIP, rumah artis. Baru-baru
ini rumah kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan di masuki penjenayah,
apatah lagi rumah kita rakyat biasa. Kes-kes ragut usah cerita
lah!, bersepah!! ada yang berakhir
dengan kehilangan nyawa. Maka, kepada pihak
berkuasa polis, pertingkatkan lah
langkah-langkah dan tugas utama polis iaitu mengawasi penjenayah dan menjaga
keselamatan awam. Kepada Abang-abang polis,
bertugaslah dengan penuh tanggung jawab! Jangan lagi menjadi balaci
kepada pemimpin dan parti Umno.
Kalau selama ini kalian ghairah
mengambil berat sangat soal-soal tidak penting seperti menyiasat apa yang parti
pembangkang buat, mengorek rahsia dan
kekuatan parti pembangkang, sibuk menangkap dan menyiasat pemimpin pembangkang,
sibuk menangkap peserta himpunan aman, noktahkanlah kegharahan kalian. Mereka
semua itu bukan penjenayah,, kerana penjenayah sebenarnya ada bersepah di luar
sana! Duhai abang-abang polis, cukuplah
selama ini kalian telah banyak membuang masa,
memburu penjenayah yang bukan penjenayah!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan