Sumber
: PASPB
DI pub inilah seorang anggota
polis melepaskan tiga das tembakan sehingga mencederakan seorang pelayan di
Padungan, Kuching kelmarin.
KUCHING: Seorang anggota polis berpangkat
konstabel berusia 21 tahun berlagak samseng apabila dengan selamba melepaskan
tiga das tembakan selepas gagal mengawal emosi ketika bertengkar dalam keadaan
mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan di sini
semalam.
Kejadian pukul 3 pagi itu
mengakibatkan seorang pelayan premis cedera apabila terkena serpihan peluru di
lehernya.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila
anggota yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman
itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas
menyertai satu operasi di Serian. Anggota itu menyertai pasukan polis sejak
lebih setahun lalu.
Kerja polis lebih mudah,tembak orang awam dan KPI meningkat.Malaysia bolih
BalasPadam