Ahad, 4 November 2012

Isu Nazri : Muhyiddin tak perlu ajar Rafizi


Ekoran beberapa dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, mengatakan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan usahawan balak Sabah, Michael Chia ada hubungkait dengan skandal RM40 juta,, kelmarin Timbalan Perdana Menteri  menggesa pemimpin PKR itu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menurut Muhyiddin lagi, pihak pembangkang janganlah menuduh perkara yang bukan-bukan tanpa bukti yang kukuh, dan jangan pula menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan tuduhan,  sebaliknya ia perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk dilihat dari aspek perundangan,, katanya.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin tak perlu mengajar itik berenang. Saudara Rafizi Ramli selaku  Pengarah Strategik PKR itu sudah masak dengan kerjanya.  Pembangkang biasanya tidak bercakap hanya dengan air liur, gigi dan lidah saja. melainkan lengkap dengan bukti. Lihatlah isu PKFZ!  NFC dan lain-lain. Muhyiddin kena belajar bersabar sikit,, tunggulah masa dan ketikanya,,  itupun kalau Polis atau SPRM mengambil sikap berkecuali dan mahu menyiasat kes ini bersungguh-sungguh!
Satu persoalan bermain di kepala kita,, Kenapa Muhyiddin perlu cabar pembangkang agar melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung isu yang ada kaitan dengan menteri kanan bernama Nazri Aziz ini? Nak tunjuk beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ada kuasa atau mampu melindungi Nazri? Atau Muhyiddin ada niat lain?  ada udang disebalik mi?  Almaklumlah, masing-masing nak bertanding,,, masing-masing mahukan jawatan yang lebih tinggi!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan