Rabu, 28 November 2012

UMNO YANG KARAM !,,,,,

 Kenanglah jasa Umno bersama keburukannya,,,   
 
Dalam suasana PRU yang semakin dekat ,  pagi tadi Rabu 28/11/2012 RTM ada menyiarkan wawancara khas  dengan seorang veteran Umno dari Pahang (bekas menteri) berhubung dengan perlunya orang Melayu bersatu dan menyokong kembali Umno. Jangan begitu mudah melupakan Umno,, hargailah jasa Umno,,,, katanya.

Seruan begini biasa sangat kita dengar dari mulut-mulut pemimpin Umno khasnya mereka yang masih belum sedar betapa banyaknya kedurjanaan yang telah dilakukan Umno terhadap orang Melayu .  Mereka tak jemu-jemu meminta orang Melayu supaya berterima kasih dan menghargai jasa Umno kepada orang Melayu selama ini.  Memang benar dan tidak dinafikan parti Umno ada berjasa kepada orang Melayu,  tetapi pemimpin Umno juga wajib mengakui semasa mereka memerintah mereka terlalu banyak menyalahgunakan kuasa. Kuasa diguna sewenang-wenangnya!

Ini adalah diantara keburukan dan kecurangan pemimpin Umno selama 55 tahun memerinyah.  Mereka terus ghairah dalam  penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.  Mereka begitu mesra dengan budaya rasuah. Mereka bersikap tamak dan rakus,, dan  akhirnya mereka berlumba-lumba mengumpul kekayaan untuk diri dan kroni,  tanpa mengira halal haram. Ada yang sanggup menggadai hak keistimewaan dan kepentingan bangsa Melayu termasuk menghakis tanah rezab Melayu dan mengikis saham yang diperuntukkan kepada Melayu & bumiputra.  Dan menambah buruknya lagi Umno ini,,, agama Islam mereka peralat untuk kepentingan parti dan dalam masa yang sama ada hukum-hakam Islam yang mereka perlekeh,,, jauh sekali untuk memertabatkannya.  Secara amnya,, itulah intipati keburukan parti Umno.

Justeru soal terima kasih dan menghargai jasa Umno bukanlah isu. Memang wajar pun orang Melayu berterima kasih, tetapi setelah melihat seribu satu macam penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah wajarkah orang Melayu menyokong dan memilih Umno sekali lagi? Di kesempatan terbaik dan adanya pilihan terbaik ketika ini, jangan salahkan orang Melayu kalau mereka menyokong Pakatan Rakyat. Orang-orang Umno juga seharus sudah insaf. Larilah meninggalkan Umno. Melayu tak akan mati tanpa Umno !!

Oleh : rahimothman
     

1 ulasan: