Persembahan
skuad Harimau Malaya pada 4 aksi persahabatan dan 1 perlawanan sebenar dengan
Singapura semalam amat mengecewakan seluruh peminat bolasepak tanah air.
Pertemuan dengan Singapura dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki semalam
kita tewas 0-3.
Semua ini sebenarnya amat meresahkan peminat yang masih
dahagakan peningkatan dan kemenangan. Untuk rujukan, ini keputusan dalam 6 perlawanan terakhir
Malaysia (Menang
keatas Hong Kong 3-0 – Kalah kepada Myanmar 0-1, – Kalah kepada
Thailand 0-2, - Seri dengan Hong Kong 1-1, - Seri dengan
Bangladesh 1-1, - Kalah kepada Singapura 0-3.)
Secara keseluruhan prestasi pasukan Harimau Malaya dilihat
semakin menurun. Turut menjadi persoalan ialah strategi yang direncanakan
jurulatih K.Rajabobal. Jurulatih berusia 56 tahun itu mengambil masa yang amat
lama dalam memilih kesebelasan utama untuk menghadapi cabaran Malaysia pada
Piala AFF Suzuki kali ini. Sebagai tuan rumah dan digembar-gemburkan sebagai
pasukan yang sudah membuat persediaan yang cukup rapi, kekalahan 0-3 dengan
Singapura amat mengecewa dan memalukan.
Kita ada ramai pemain yang bagus, berkualiti dan
bertenaga, sama ada di dalam skuad pelatih mahupun di luar skuad pelatih,
tetapi jurulatih tersebut masih gagal membentuk pasukan mantab! Kenapa? Pada pandangan penulis eksperimen
demi eksperimen (terlalu banyak eksperimen) telah membuatkan jurulatih veteran
itu kelabu mata,, penglihatan jadi kabur, dan akhirnya inilah hasilnya,,,..
gagal, atau setidak-tidaknya hampir separuh gagal. Sepatutnya dalam masa yang begitu lama itu beliau telah
berjaya menghasilkan ‘resepi’ yang baik
dan sempurna dalam membentuk pasukan kebangsaan yang mantab, sebaliknya skuad Harimau Malaya masih
menampilkan aksi yang longgar dan longlai !!
Ia seolah-olah keupayaan jurulatih hanya ditahap ,itu saja,, tak mampu
kedepan lagi. Orang ramai mungkin berfikir,, kalau jurulatih veteran itu sudah
tidak ada kemampuan lagi,, jurulatih muda yang sedang meningkat naik - Ong Kim
Swee mungkin boleh memberi jawapan kepada masaalah ini. Sudah terbukti, Kim Swee telah menunjukkan kemampuannya sama
ada dari segi kemahiran individu, kerjasama berpasukan, strategi, teknik dan
tektikal permainan.
Satu lagi persoalahn yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tempatan,, iaitu mengenai pemilihan pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada kejohanan dwitahunan itu. Ada sebahagian mereka tidak berada pada tahap prestasi sebenar jika dibandingkan dengan aksi mereka bersama pasukan kelab dan negeri masing-masing. Ada pula dua tiga orang pemain yang sepatutnya layak menyertai skuad tetapi tidak dipilih. Jadi siapa yang harus dipertanggung jawabkan disebalik kekecewaan ini? Apakah Dato’ K.Rajagobal sememangnya tidak mampu? Ibarat tukang masak yang disediakan bahan masakan yang terbaik dan secukupnya tetapi gagal menghasilkan resepi atau makanan yang sedap lagi enak?
Walau apa pun yang berlaku, jutaan peminat Harimau Malaya masih berharap kejutan akan berlaku selepas ini. Seluruh peminat sukan tanah air berdoa dan berharap Malaysia mampu bangkit dalam misi mempertahankan kejuaraan pada kejohanan bola sepak berprestij di rantau ini..

Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan