Isnin, 31 Januari 2011

NAJIB BUKAN ANAK JANTAN

Jika tak mahu menjawab persoalan ini!!

Rakyat sebenarnya masih tertanya-tanya betulkah wujud pejabat “First Lady of Malaysia” FLOM di pejabat perdana menteri?. dan sejak bila kewujudannya? Kalau tak silap penulis,  semenjak zaman perdana menteri Tunku Abd.Rahman, Tun Razak,  Tun Husien, Mahathir, hingga ke era Abdullah Badawi pejabat sebegini belum pernah wujud!  Kenapa sekarang tiba-tiba diwujudkan?. Apakah keperluannya?

Bila ada pejabat tentu ada kakitangan,  tentu ada kos penyelenggaraan.  Bukankah ini satu pembaziran? Wang rakyat tidak sepatutnya dibelanjakan sesuka hati.  Kalau PM seorang yang ikhlas dan  bertanggung jawab perjelaskan kepada rakyat isu ini!.  Kalau Najib anak jantan sila jawab beberapa soalan ini,….

1.    Siapa arahkan Rosmah Mansor buka pejabat FLOM (First Lady of Malaysia) di Pejabat Perdana Menteri?
2.    Kenapa anda membiarkan Rosmah Mansor berbuat sesuka hati di Pejabat anda?
3.    Adakah anda bersetuju Rosmah mengangkat dirinya sebagai “First Lady of Malaysia?
4.    Kalau bukan Rosmah yang mengiktiraf dirinya sendiri, siapakah pihak lain yang telah mengangkatnya sebagai  “first lady of Malaysia” ?
5.    Tidakkah anda ketahui bahawa gelaran “FLOM” hanya dikhaskan untuk DYMM Raja Permaisuru Agong?

Oleh : rahimothman

Ahad, 30 Januari 2011

SETELAH 53 TAHUN UMNO MASIH GAGAL…

1.  Umno gagal tegakkan Islam                                                                2..Umno gagal tegakkan perpaduan sebenar.                                         3. Umno gagal memertabatkan bangsa dan bahasa Melayu                                                                              
     Yang dikejar belum dapat yang dikendung banyak tercicir !!

Setelah 53 tahun merdeka dan memerintah, Umno masih belum berjaya membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar berintegriti, “Bersih Cekap dan Amanah!. seperti yang dimahu oleh kerajaan BN satu krtika dulu. Dan lebih malang lagi slogan BCA yang cukup popular di awal pemerintahan Mahathir! itu, telah mati tak berkubur! .tanpa disedari oleh rakyat! 

Tak dinafikan kemajuan dari segi fizikal memang wujud terutama dizaman era Mahathir, tetapi segala kemajuan yang ditonjolkan oleh Tun Mahathir itu  tak boleh kita banggakan kerana ianya berselindung di sebalik seribu kepalsuan !!  Corak pentadbiran kerajaan cukup kotor !  sarat dengan penyelewengan,  rasuah dan  salahguna kuasa.. Barangkali sebab itulah slogan “bersih cekap amanah” diberikan suntikan maut lebih awal supaya kerajaan boleh bebas berbuat sesuatu semahu-mahunya!!…

Setelah 53 tahun,.. Umno hanya gah melebelkan Islam sebagai agama rasmi Negara,  tetapi hakikat sebenar Umno masih gagal menegakkan dasar-dasar dan hukum Islam sebenar!. Dalam bab Islam Umno dilihat lebih mementingkan kulit dari isi.  Syariat Islam,  separuh diikut, separuh ditinggalkan!!  Dan paling menyedihkan UMNO telah gagal memberi kefahaman tentang Islam kepada parti sekutunya MCA. (merujuk kes pemimpin MCA dan GERAKAN hina dan perlekeh hukum Islam semasa berkempen di Tenang).

Semua ini berlaku,  disebabkan,,…...

1. Sikap tamak telah menguasai pemimpin UMNO,  sehingga timbul unsur-unsur khurafat yang berbunyi “Hanya UMNO saja yang layak memerintah, hanya UMNO yang boleh memerintah, orang lain tak boleh! “ Ungkapan ini telah menghampiri kepada khurafat. Harus dingat! Orang Melayu yang berpegang kepada Islam, jangan sekali-kali percaya kepada unsur-unsur khurafat seperti ini..   

2. Sikap taksub kepada diri sendiri dan taksub kepada bangsa Melayu !  hingga lahirnya satu lagi ungkapan iaitu,.. “Ketuanan Melayu”.  Istilah ketuanan Melayu tidak sukar untuk difahami. Ia bermaksud Melayu harus menjadi tuan di negeri ini. Dengan bahasa mudah Melayu mesti jadi bos!.  Bila sudah ada tuan tentu ada khadam(hamba),  jadi. siapa khadamnya? Bangsa mana pula yang layak jadi hamba dinegara ini?  Pemimpin- pemimpin UMNO tentu boleh jawab!.  Allah tidak menghalalkan budaya “tuan dan hamba”!

“Ketuanan Melayu” juga boleh bermaksud Melayu sebuah bangsa yang paling mulia,  teratas atau nombor wahid!  dan ini bermakna bangsa-bangsa lain mesti berada di bawahnya!  Siapalah kita !?   Siapalah pemimpin UMNO yang hendak meletakkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang termulia ? Allah tak pernah suruh!  Sebaliknya Allah telah menetapkan taraf semua bangsa di atas muka bumi ini sama saja. Yang membezakan mereka hanyalah ketaqwaan. Kalau UMNO berani membuat ketetapan begitu,  samalah taraf mereka dengan bangsa Yahudi! yang sejak azali lagi mereka sudah menganggap Yahudi satu bangsa yang paling mulia. Tidakkah UMNO ketahui bahawa Allah sangat melaknati bangsa Yahudi?

Kenapa dan mengapa semua ini berlaku? Kalau mengikut firasat penulis boleh jadi disebabkan terlalu kuatnya fahaman atau semangat Asabbiah (kebangsaan) yang telah ditanam oleh pejuang-pejuang UMNO terdahulu.  Semangat ini telah diwarisi begitu lama, sehingga berakar umbi!  dan akhirnya semangat Islam atau “Ketuanan Islam” dipinggir atau diketepikan ! . Sebab itulah Islam di Malaysia hari ini begitu mudah diperkotak-katik,  padahal ia menjadi agama rasmi Negara .

UMNO masih berbangga,…. dan berpura dalam bab perpaduan kaum

UMNO masih mahu berbangga,  bahawa mereka adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam, tapi apa yang berlaku ialah sebaliknya, cakap tak serupa bikin   Peranan Sultan yang menjadi lambang sebagai ketua agama Islam diabaikan. Peranan dan tanggungjawab Mufti sebagai penasihat dalam hal-ehwal Islam diketepikan!

Tentang perpaduan…. Umno tidak ikhlas bila bercakap soal perpaduan kaum. Buktinya di kelompok Melayu Umno cakap lain dan di kelompok Cina dan India Umno cakap lain. Istilah perpaduan kaum dalam Umno penuh dengan syarat!! dan sedikit ugutan!!... Peristiwa 13 Mei tetap dijadikan senjata!.. Inilah Umno!! dulu, kini dan selamanya!!

Kesimpulannya,… Umno hari ini boleh bercakap soal perpaduan dan dalam masa yang sama mereka juga dengan begitu mudah boleh menjadi pencetus kepada api perkauman!!.

Oleh : rahimothman


Petikan  -   http://karatijau.blogspot.com/

Fuhh...Kenyataan "Pedih" Dr. Asri Terhadap Umno..??

Media arus perdana Malaysia yang berada di bawah kawalan pemerintah menjadi antara penyumbang masyarakat Melayu di negara ini terkeliru dengan ajaran Islam sebenar.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, justeru tidak mustahil, bukan Islam juga turut menerima tempias daripada fahaman Islam yang dipengaruhi sentimen bangsa oleh pihak tertentu demi melunaskan agenda politik masing-masing.

"Kalau orang Melayu awam, mereka kadang-kadang faham Islam macam mana yang ditonjolkan oleh kehendak politik kebelakangan ini. Islam yang menimbulkan permusuhan, Islam yang menghalang orang bukan Islam itu memahami Islam dengan lebih mudah, Islam yang menghalang perpaduan, Islam seperti ini mereka dapat dari media.

"Isu-isu ini cuba dimainkan dan kerana ini mereka juga terikut-ikut dengan apa yang dibawa oleh media perdana dan media cetak umpamanya yang menyebabkan mereka mentafsirkan Islam dalam kerangka Melayu. Saya rasa mereka ini menjadi mangsa percaturan kehendak orang politik yang menggunakan Islam," jelas Dr Asri ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau merujuk laporan media arus perdana yang berunsur provokatif seperti yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan banyak lagi.  Media hari ini melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berkata, orang Melayu yang menolak Islam lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Lee dalam bukunya yang berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.    Lee dalam tulisannya menyebut, ajaran Islam boleh menghalang integrasi dan pembangunan di negara republik itu.  Menjelaskan hal itu, Dr Asri berkata terdapat beberapa teori boleh diambil berhubung tanggapan Lee terhadap Islam.

"Mungkin Lee Kuan Yew memahami Islam sepertiman dia lihat fahaman Islam sesetengah pihak seperti di Malaysia yang cuba menonjolkan Islam yang lebih bersifat kemelayuan, bukan bersifat Islam sebenar," kata Dr Asri.