Ahad, 30 Disember 2012

Boleh percaya kah cakap Rais Yatim?


Janji atau cakap yang keluar dari mulut parti syaitan (syaitan dikenali) boleh percaya ke?  Asal namanya pemimpin Umno,  daripada PM nya sampai kepada menteri,,bahkan ketua bahagian pun,,  susah nak percaya cakap-cakap mereka ini.  PM Najib sudah terbukti banyak kali berbohong kepada rakyat terutama pembangkang. Semalam si Rais menteri yang kuat mengampu ini membuat kenyataan kononnya kerajaan bersedia membenarkan Haji Hadi membuat penjelasan berhubung isu amanat Haji Hadi di TV,  bagaimana pun ia mestilah dibuat secara rakaman.   

Kah, kah, ! kah !!   Izin,, tapi dengan rakaman?  Tentu ada muslihat!!  Kenapa tak berani buat siaran langsung? Takut? Kalau rakaman sudah tentulah ada yang diedit dan dipotong. Akhirnya apa yang nak diperjelaskan oleh Haji Hadi tak sampai kepada orang ramai,,,  yang dapat untung ialah Umno, kerana kenyataan Haji Hadi yang telah diedit itu akan memakan diri Haji Hadi dan PAS sendiri. Umno sebenarnya hanya nak tunjuk baik sempena saat nak mengundi ini,,nak ambil hati rakyat lah konon!,,, itu saja.
Berhati-hatilah wahai seluruh kepimpinan PAS !  Tun Mahathir bekas presiden mereka pernah mendakwa Umno sebuah parti yang  sudah busuk sampai keusus, bermakna setiap yang keluar mulut mereka sudah pasti berbau busuk. Orang yang sama juga pernah mendakwa Umno adalah sebuah parti syaitan (syaitan dikenali). Setiap orang Islam wajib percaya bahawa kerja syaitan ialah menipu dan memperdaya semua manusia?  -  rahimothman

Sabtu, 29 Disember 2012

Muhyiddin, Najib 2x5,, sengaja persenda rakyat !!


Mandat kerajaan BN akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April.  Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13  masih menjadi teka-teki , namun begitu,  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk rakyat bermain  teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU13.

“Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat pengumuman tarikh sebenar, kita tak ada 'fun' lagi,"  katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini hari ini.  Jangan perasan le duhai Mat Sembab !! Rakyat bukan saja tak seronok, bahkan menyampah dan sakit hati kerana dipersenda begitu rupa !
Muhyiddin seolah-olah bersetuju dengan apa yang Najib dah buat, berhubung dengan penangguhan demi penangguhan ini. Nampaknya kedua-duanya sama saja,, 2x5 !  Belum pernah dalam sejarah di negera ini Perdana Menteri dan suku-sakatnya bersikap demikian. Perbuatan menangguh-nangguh tarikh pilihanraya ini adalah satu cubaan untuk menipu dan mempermain perasaan rakyat !   Baik Muhyiddin mahupun Najib sebenarnya mereka ini amat takut, kerana tidak ada satu tarikh pun yang sesuai dan selamat untuk BN menghadapi PRU 13.  Kesiannn,  anjak punya anjak,  akhirnya tersepit kat dinding!!   -   rahimothman




Jumaat, 28 Disember 2012

Mungkin ini sebabnya kenapa Deepak tarik balik saman



Deepak Jaikishan usahawan kapet tersohor yang sebelum ini banyak mendedahkan kaitan Najib dengan kes Altantuya,,  semalam telah menarik balik kes samannya terhadap Raja Ropiah,pemimpin Wanita UMNO  Selangor. Bukan pelik,,tapi benar,,  begitulah kebiasaannya apabila sesuatu kes melibatkan pemimpin Umno, maka perkara sorong tarik, sorong tarik ini memang biasa berlaku !  kah, kah!  kah!!

Entah apa sebabnya wallahhu’alam,, Boleh jadi taukeh kapet ini dapat habuan besar,,, atau beliau kalah dek senyuman Raja Ropiah pun mungkin juga.  Atau pun beliau telah ditakut-takutkan oleh kaki pukul Umno !!  Barangkali juga ada perkara yang lebih menakutkan Deepak,  iaitu ancaman C4. makhluk  ghaib  dari Kementerian Pertahanan yang pernah  menghancurkan  jasad ibu malang bernama Altantuya !  Samalah kita fikirkan... -  rahimothman