Jumaat, 7 Disember 2012

Prinsip pemimpin Umno,, selagi ada kuasa,,,,,


 Pemimpin Umno diperingkat pusat,  negeri mahu bahagian sama saja. Sejak dulu, kini dan selamanya,,selagi Umno memegang kuasa selagi itu lah mereka menggunakan kuasa atau pengaruh untuk mendapatkan harta dan kekayaan.

Budaya mengumpul harta dikalangan pemimpin Umno ini sudah menjadi lumrah. Daripada peringkat Perdana menteri,  menteri hinggalah keperingkat ketua bahagian, mahupun cawangan.   Semuanya berebut peluang,, masing-masing      mahu dapat projek. Paling tidak dapat memiliki lesen pasir pun kira ok!  atau dapat projek membuat langkang pun jadilah !! 
Itu bab projek!  Ini pula bab tanah,,  Sesusah mana pun, pemimpin Umno tetap berusaha untuk dapatkan tanah,  paling tidak tapak rumah. Kalau syarat nak dapatkan sesuatu perlu atas nama syarikat mereka pun berlumba-lumba tubuh syarikat. Maka wujudlah Syarikat Kulup Sdn Berhad lah,  Mamat Limbat Enterprise le dan berbagai lagi. Perniagaan cara Ali Baba turut menjadi-jadi sama ada secara terang-terang atau sembunyi.

Berbalik bab mintak tanah… Yang cerdik sikit mereka mintak tanah industry,  tanah pertanian  termasuk kawasan hutan balak.  Dan apabila dapat,  mereka  jual, maka beraya sakanlah mereka dengan wang panas itu. Bab urusniaga tanah ini mereka pintar,,, mereka beli tanah kemudian jual tanah.  Beli tanah dengan harga murah RM1 sekaki persegi,, kemudian jual dengan harga berlipat ganda !  Barangkali itulah cara yang diajar oleh Mahathir agar  Melayu menjadi cepat kaya !!

Di Selangor, budaya mengumpul harta ini, telah di warisi oleh bekas menteri Besar Khir Toyo,  yang telah pun didakwa dan dihukum setahun lalu.  Kini yang terbaru seperti yang dilaporkan oleh YB dari PKR,   bahawa Adun Seri Serdang,  YB Satim Diman juga dikatakan terlibat dalam urusniaga tanah semasa Umno berkuasa satu ketika dulu.  Mereka ini menggunakan kuasa dan kedudukan dalam kerajaan untuk mengumpul harta sebanyak mungkin. Menolong dan membela rakyat yang susah bukan lagi menjadi keutamaan. Slogan “Umno pembela bangsa Melayu”  wajib benar ditukar kepada  “Umno pembela pemimpin dan kroni”

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan