Isnin, 17 Disember 2012

JANGAN TEMBAK KAMI DARI BELAKANG…. Kematian Beng Hock dan Sarbani bukankah tembak dari belakang?


"Saya ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah tembak dari belakang.  SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh meminta pertolongan untuk menentang rasuah?"

Demikian kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed pada majlis jamuan malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam kelmarin. Beliau merayu kepada ahli politik semua parti, agar tidak 'menembak SPRM dari belakang', kerana kecenderungan berbuat demikian  akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.

Nak tanya sikit duhai  Datuk Seri Abu Kassim Mohamed !  Apakah kematian menyayat hati Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani satu ketika dulu bukan kejadian tembak dari belakang?  Kenapa kejadian yang berlaku dalam rumah SPRM sendiri itu,  hingga hari ini SPRM tak berani mengambil  tanggung jawab?  Sedangkan kematian misteri tersebut berlaku dalam pengawasan SPRM !!    Mana lebih kejam?  Tindakan rakyat menegur ketidaktelusan SPRM atau tindakan tangan ghaib SPRM merentap nyawa Beng Hock dan Ahmad Sarbani ??

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan