Rabu, 19 Disember 2012

Sudah tentu 2 Mufti ini bercakap bagi pihak Umno!!


Menurut Umno,  pada 7 April 1981 pemimpin PAS bernama TG Haji Hadi  telah memberi satu amanat, mendakwa kononnya Umno itu kafir.  Dakwaan ini dibuat setelah mereka memetik  sedutan dari ceramah yang disampaikan Haji Hadi di Kampong Benggol, Kuala Terengganu kira-kira 14 tahun lalu,,,, 

Begitu mudah mereka membuat tuduhan!  Kemudian setiap kali apabila tiba saat pilihanraya, mereka tak sudah-sudah meminta Haji Hadi  menarik balik amanat tersebut. Terbaru dua orang Mufti telah pun berbuat demikian,dan sudah tentu mereka ini bercakap bagi pihak Umno. Malang sekali,,Tuan-tuan Mufti ini sanggup melacurkan jawatan Mufti mereka kedalam kancah politik Umno. 
 
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap MB Kelantan dalam saru kenyataan, menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.  Ingatan Nik Aziz ini berikutan desakan  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan menggesa Tuan Guru Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu lagi, beliau secara peribadi sangat mengenali Tuan Guru Abdul Hadi yang juga merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.  Bahkan beliau meyakini bahawa ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS itu tidak lebih rendah daripada ilmu yang dimiliki oleh para mufti.  Jadi saya menyeru kepada para mufti, janganlah beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam,,, Jangan jual harga mufti dengan murah,,, katanya.
 
oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan