Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Putrajaya,,
mereka akan jadikan negara ini sebuah negara republik,,, kata ketua Pergerakan
Puteri Umno dalam PAU 2012 yang lalu.
Ini benar-benar satu tuduhan yang karut, melulu dan tak
masuk akal. Bila masa pula pemimpin DAP ada berkata demikian? Bila masa pula TG
Haji Hadi ada menyebut perkara itu dan waktu bila DS Anwar ada melafazkan
ucapan yang bermaksud Pakatan Rakyat akan menjadikan Negara ini sebuah
republik? Tak ada dan tak pernah !!
Apa yang berlaku hari ini, Umno sebenarnya sedang fobia !
kerana kuasa yang ada akan terlepas
! Justeru setiap malam mereka
didatangi mimpi ngeri,, Ketakutan yang dialami Umno umpama menunggu saat
kuku tercabut dari jari, sebab itulah lalu mereka pun meracau tak sudah. Orang meracau biasalah ! akan menyebut
perkara yang bukan-bukan,, akan terpacullah hujah yang diluar lojik. Setiap
malam mereka didatangi mimpi ngeri,, begitulah
keadaan manusia yang dalam ketakutan !
Tunggul disangka jembalang, bayang sendiri disangka hantu dan setiap
saat ada saja lintasan bayang hitam yang berlaku didepan mata.
Wahai ketua puteri Umno ! Hujah kalian yang mendakwa PR nak jadikan
Malaysia Negara republik ini adalah hujah basi yang pernah disebut oleh ramai
pemimpion Umno sebelum ini. Tak payahlah diulang-ulang cakap-cakap yang bersifat
kartun dan lucu itu! Apa untungnya
rakyat Malaysia kalau Negara ini dijadikan republik? Jauh sekali dari slogan
dan matlamat Pakatan Rakyat !
Sedarlah wahai Puteri !! Jangan kerana nak sorok kurap nampak kudis, nak sorok busung nampak pekong. Yang nak ambil
alih kerajaan ni rakyat jati Malaysia sendiri, bukan orang asing! Yang nak ditukar ialah PM kepada PM !, bukan
PM kepada Presiden. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, semua rakyat Malaysia
tetap berperdana menterikan rakyat Malaysia, bukan rakyat asing seperti mana
yang Umno sudah beri kerakyatan mudah kepada mereka sebelum ini!!
Jadi yang puteri gelabah sangat tu kenapa. Kalian
fikir orang Umno saja yang Melayu, orang PAS dan PKR bukan Melayu??? Dan lagi satu yang maha penting ialah Pakatan
Rakyat nak menukar pemimpin hipokrit, pemimpin zalim, rasuah dan penipu rakyat
- kepada pemimpin yang ikhlas, telus dan adil dalam membela rakyat
seluruhnya, bukan kroni ! Rakyat yang waras sudah tentu bersetuju,,
melainkan puteri Umno yang meletakkan diri mereka dalam kumpulan orang kurang
waras!!
Oleh : rahimothman
hidup melayu 3x
BalasPadam