Ahad, 16 Disember 2012

Ikhlaskah Musa Hasan?


Sejak akhir-akhir ini bekas Ketua Polis Negara,  Musa Hasan yang satu ketika dulu pernah menjadi sekutu Mahathir dan Ghani Patail dalam konspirasi menjatuhkan DS Anwar Ibrahim,  kini seolah-olah ingin membuka gelanggang mengajak seterunya bersilat.  Selama ini menteri Umno terlalu banyak mencampori urusan polis,,  katanya.  Fokus dakwaannya tepat kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Tun Husien.

Kah, kah kah!   Bila sudah pencen baru berani kata bekas bosnya dulu ketiak hangit dan kentut busuk,  kenapa dulu senyap je?  Kita nak dengar apa komen Datuk Hishamudin,, benar atau tidak dakwaan Musa itu.  Dan yang lebih penting Musa perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu,, kemudian dedahkan siapa sebenarnya yang mencemar  imej polis selama ini?  Alang-alang nak melondehkan imej PDRM, baik telanjangkan terus!  

Tetapi yang menjadi tanda tanya kenapa dekat-dekat nak PRU baru Musa nak dedah?  Macam ada udang di sebalik me!  Barangkali ada tangan-tangan ghaib di belakangnya?  Yang pasti Musa macam cuba nak menjatuhkan Najib dan sepupunya serta suku-sakatnya!   Dan yang kurang pasti pula,, apakah Musa Hasan kini sudah menyokong perjuangan pembangkang?  Atau menjadi penyokong team Muhyiddin yang didokong oleh Mahathir.  Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan