Ahli tidak berkualiti salah Umno sendiri. Seperti kata Tun Mahathir bekas perdana menteri yang
mencengkam kuasa selama 22 tahun,, Umno sebenar sudah begitu lama ketiadaan
ahli atau pemimpin yang berkualiti!
Puncanya ialah kerana pemimpin Umno sendiri tidak berapa suka
orang-orang cerdik dan berilmu menjadi ahli. Menurut Mahathir ramai para ilmuan
nak masuk Umno telah disekat, kononnya
mereka ini dikhuatiri akan mengambilalih kuasa dari tangan mereka suatu hari
nanti.
Hujah Mahathir itu memang tepat sekali! Mungkin maksud
beliau itu ditujukan kepada Umno amnya,
tetapi sedarkah Mahathir yang beliau sendiri telah melakukannya, dimana beliau tidak suka ada orang lain yang
lebih cerdik darinya! Lupakah yang
beliau pernah memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, diikuti orang kanannya sendiri Dato’ Seri
Anwar Ibrahim?. Mereka ini adalah tokoh-tokoh ilmuan yang bersikap telus dan
berpandangan jauh. Bagi Mahathir tokoh-tokoh begini akan menghalang segala niat
dan perancangannya, maka sebab itu mereka dipecat dengan menimbulkan seribu
satu macam fitnah.
Disedari atau tidak,, tabi’at buruk Mahathir ini telah
meresap kedalam diri dan jiwa Umno itu
sendiri, tak kira diperingkat pusat mahupun negeri. Akhirnya berakar umbi hingga keperingkat
bahagian dan cawangan. Inilah hakikat yang sudah lama berlaku di dalam
Umno. Hari ini Umno ketandusan pemimpin
berwibawa. Dasar parti Umno semakin longgar dan goyang, matlamat parti pula semakin melencong, maka
tidak hairanlah ramai yang lari keluar meninggalkan Umno. Yang tinggal hanya ahli tidak berkualiti, yang
setaraf dengan buah mangga berulat atau buah durian mengkal !!
Sehubungan itu maka
tidak perlulah Mahathir menyuarakan rasa kesalnya apabila Umno hari ini kepupusan
pemimpin berkualiti, jangan kesal kalau
golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Kesesalan Mahathir itu sudah
terlewat. Tak ada gunanya lagi beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan
berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh oleh beliau sendiri. Barangkali ada lebih baik Mahathir bergantung
terus kepada orang-orang seperti Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Zul Kulim, Hassan Akidah, Umi Hafilda dan mereka yang
sewaktu dengannya untuk menjadi teras dalam kepimpinan Umno !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan