Selasa, 4 Disember 2012

Najib hanya minta maaf,, segala dosa tak sebut !



Maaf Atas kekhilafan  :  Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepemimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji, akan terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam” ….

 Kah, kah!  kah!!  55 tahun sudah terbukti gagal, masih nak perdaya orang Melayu lagi?   Lihatlah ! begini rupanya permohonan maaf dan janji ahli-ahli Umno pada orang Melayu,, cukup simple,, sebagaimana simplenya bekas presiden mereka  menjenama semula parti itu sebagai parti “syaitan dikenali” !!   Janji nak jadi baik konon!!  tetapi cara meminta maaf puak-puak ni belum cukup sempurna.  Apa dosa dan kesalahan yang mereka pernah buat selama ini Najib tak sebut. Kalau Najib tak mahu sebut satu persatu, maknanya Umno belum benar-benar “taubat nasuha”. 

Apa pun  rakyat tak pernah lupa perbuatan khianat Umno terhadap orang Melayu!   Siapa yang gadai maruah bangsa?, siapa yang perlekeh agama Islam?, siapa yang selewengkan kuasa, siapa yang suburkan budaya rasuah , siapa yang merompak harta dan wang rakyat, siapa yang mencuri saham milik bumiputra?  dan bermacam-macam lagi.

Begitu mudahnya Najib meminta maaf dan melafazkan sumpah!  tetapi sanggupkah orang Melayu menerima dan mempercayaainya? Sebelum ini pun Umno sudah biasa bermain dengan sumpah!... Bersumpah dengan nama Allah sudah banyak kali mereka lakukan,   namun sikap dan tabiaat buruk terus mereka lakukan. Justeru,  bodoh sungguhlah orang Melayu kalau masih mempercayaai lakunan pemimpin-pemimpin Umno ini!  Percaya dan yakinlah,  bahawa Umno akan mati tanpa Melayu,, tetapi Melayu akan terus hidup dan cemerlang tanpa Umno !! !     

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan