Khamis, 20 Disember 2012

Budak 3 tahun diseret sejauh 10km


Sumber : Harian Metro

Menyayat hati !!  apabila melihat mayat seorang kanak-kanak 3 tahun Muhamad Aslam Maricar Said Ibnu Salam dalam keadaan hancur dan hampir berkecai. Kanak-kanak malang ini diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan lain selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaiki bersama keluarganya yang terlibat dalam satu kemalangan.

Kejadian berlaku di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin. Mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta jenis Ford Laser yang dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing.
Mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.

oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan