Rabu, 5 Disember 2012

Dato’ Seri Abdul Rahman Maidin pula sertai PAS



Akhir-akhir ini ramai individu atau tokoh pemimpin menyertai Pakatan Rakyat. Terbaru, seorang lagi tokoh koperat telah menyertai PAS kelmarin. Beliau ialah Dato’ Seri  Abdul Rahman Maidin yang pernah aktif lebih 20 tahun dalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Memang satu ketika dulu beliau merupakan penyokong tegar Umno, tetapi tidak lagi sekarang.  Beliau amat kecewa dengan Umno kerana Umno hanya mengkayakan segelintir kroni.  Menurut beliau   apa maknanya segelintir Melayu jadi billionaire tapi puluh ribu peniaga lain gulung tikar?    

Tahniah Dato’ Seri !!  Dato’ telah membuat satu keputusan yang tepat. Apa lagi yang boleh diharap dengan Umno, sebuah parti angkuh yang kini sedang reput  menunggu saat kehancurannya. Rakyat biasa boleh melihat penyelewengan dalam Umno dan kerajaan UmnoBn, apatah lagi Dato’ yang berada di dalam atau paling hampir dengan pemimpin Umno. 

Ayuh dato’,, kita semarakkan lagi sokongan dan semangat perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat !!   InsyaAllah,, Allah akan bersama orang-orang yang istiqamah dalam menegakkan kebenaran,,  bersungguh-sungguh mahu menjunjung keadilan.                                                                                          
oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan