Sabtu, 8 Disember 2012

“Himpunan Kebangkitan Rakyat” Kedah tercapai.

 
Matlamat “Himpunan Kebangkitan Rakyat” tak kira dimana pun termasuk di Kedah kelmarin ialah nak mengajak rakyat meningkatkan azam dan tekad dalam membuat perubahan. Sekian lama rakyat di wayang kulitkan oleh kerajaan UmnoBn,  kini sudah tiba masanya sebuah kerajaan baru (PR) mengambil alih tampok pemerintah. “HKR” yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar malam kelmarin  menyaksikan sambutan rakyat Kedah yang tidak kalah dengan sambutan HKR di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu, kelmarin.

Negeri Kedah walaupun merupakan negeri kelahiran dua bekas perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Kutty, namun perubahan sikap rakyatnya amat mengkagumkan. Rakyat Kedah  tidak mahu lagi amalan  rasuah dan budaya Melayu tipu Melayu hidup subur di bumi Kedah.  Buktinya, rakyat Selangor sudah pun menolak kepimpinan Khir Toyo dan Umno nya di Selangor.  Rakyat Kedah sudah tahu cerita bagaimana hilangnya hasil balak di Kedah sewaktu zaman parti parti cap keris memerintah. Maka, kali ini mustahil rakyat Kedah mahu menempah bala untuk menyerahkan kembali kuasa kepada Umno.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Kedah kelmarin berjaya mencapai matlamatnya. Puluhan ribu rakyat Kedah telah hadir untuk memberi sokongan.  Biarlah pencacai dan akhbar Umno nak kata apa pun,, mereka boleh kata kehadiran orang ramai hanya dua atau tiga ribu, tak dapat sambutan, dan berbagai lagi ejekan,,,tetapi hakikat sebenar,, masyaAllah !!  Kalau pemimpin tertinggi Umno Kedah atau Najib sendiri melihatnya pasti terkincit dalam seluar !!

: rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan