Ahad, 23 Disember 2012

Apabila Umno dan ulamaknya sama-sama “ngok”,,,


Apabila saat-saat dekat nak pilihanraya, para pemimpin Umno mulalah menunjukkan sikap gabra dan ketidaktentuanhala mereka,, kadang-kadang sasau dan merapu, melulu macam babi hutan.
Tindakan-tindakan bodoh dan memalukan ini turut disokong dan didokong oleh ulamak-ulamak pengampu mereka, termasuk tuan-tuan Mufti yang seratus peratus menyokong mereka. Demi kepentingan diri, kedudukan dan habuan dunia,  mereka ini mereka sanggup menjadi bodoh atau diperbodohkan? 
 
Terbaru – isu amanat Haji Hadi @ Haji Hadi tuduh Umno kafir.    Mereka mendakwa kononnya TG Haji Hadi telah menuduh orang Umno kafir   semasa beliau memberi ceramah politiknya pada tahun 1981 di Terengganu lebih tiga dekad yang lalu. Mereka juga mendesak agar TG Haji Hadi menarik balik kenyataannya itu.  Kah, kah!  kah !!  balik-balik cerita lapok itu juga yang diulangtayang,  balik-balik cerita basi itu juga mahu disajikan!,  demikianlah bangang dan biulnya orang Umno. Mereka ingat Haji Hadi itu budak tadika boleh digertak dan diugut ?

Mari kita teliti petikan ucapan TG Haji Hadi ini …      “Kita tidak payah masuk yahudi, kita tidak payah Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha,, tetapi kita boleh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”       Wahai sekalian orang-orang Umno !!  Sila amati petikan ucapan Haji Hadi ini betul-betul.  Tolong beritahu,, mana satu ayat yang membuktikan Haji Hadi ada menuduh orang Umno adalah kafir?

Sepatutnya para pemimpin dan ulamak Umno ada perasaan malu dan takut kepada balasan Allah,,, kerana menuduh tanpa bukti itu samalah dengan membuat fitnah.  Hingga saat ini, sudah lebih tiga dekad,  namun dakwaan atau tuduhan itu belum pernah dibuktikan!  Yang peliknya Umno tak jemu-jemu dan tak serik-serik bermain isu bodoh itu. Insaf dan musabah dirilah wahai pemimpin Umno !!,  Janganlah terus-terusan menunjukkan kemaluan Umno atau kemaluan kalian  kepada rakyat Malaysia yang semakin cerdik dan maju ini!!  Memalukan !  lebih-lebih lagi kepada orang bukan Islam !  
Oleh : rahimothman

1 ulasan: