Sabtu, 22 Disember 2012

Hebat Ulamak Umno ni!!!


Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melayu, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin membidas kenyataan Mursyidul ‘Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa  orang-orang UMNO adalah mungkar. Tuduhan Nik Aziz adalah satu tuduhan yang besar kerana tuduhan itu langsung tidak berasas kepada parti UMNO,, katanya.

"Kalau Nik Aziz kata orang UMNO mungkar, sedangkan mereka tidak melakukan kemungkaran, dia seolah-olah memutarkan kenyataan itu kepada dirinya sendiri yang melakukan kemungkaran.  Tuduhan berkenaan adalah sangat berat dan Nik Aziz tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang",  katanya ketika ditemui wartawan KLPos di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini kelmarin.
Begitulah reaksi dan gelagat orang Umno bila bercakap soal agama,,,tak kira ulamak atau bukan ulamak. Mereka sangat liat untuk mengaku yang mereka tidak cerdik (jahil) dalam agama,  walhal berkelakuan mungkar dan munafik sudah menjadi amalan biasa kebanyakan pemimpin Umno.  Kesiannn, kerana mereka sentiasa dalam keadaan buta dan pekak.

Oleh : rahimothman


1 ulasan:

  1. NIk Aziz sesat kerana dia wahhabi dan bukan ahlis Sunnah wal Jamaah.

    BalasPadam