Isnin, 3 Disember 2012

Ini bukti Najib lemah, Anwar jauh lebih cekap !



Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.  kata Perdana Menteri  dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra beberapa hari lalu.   Kata-kata  Najib tak lebih dari tuduhan membabi-buta tanpa disertakan sebarang fakta..  Cara terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:
Zaman Najib, Hutang Negara mencecah RM456 billion,  manakala lebihan/ Defisit (%) =  - 4.8%       Zaman Anwar (1997), hutang Negara cuma RM89 billion, Lebihan Defisit (%) = 2.4%                             
Sepanjang  Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, satu ketika dulu, beliau memastikan hutang negara semakin berkurangan,  bahkan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehingga tahun 1997.  Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar. 

Hutang negara semasa Najib menjadi PM kini mencecah RM 456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 % daripada KDNK. berbanding ketika Anwar menjadi menteri kewangan – hutang Negara cuma RM89 billion. Justeru,  di mana logiknya Najib berkata beliau lebih baik dari Anwar? Orang pernah masuk sekolah tentu boleh membeza dua angka ini,,, Najib yang tidak tahu membezakannya barangkali beliau tak pernah masuk sekolah !  

Seperkara lagi,,, ketika era DS Anwar dulu,   beliau berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan, tidak membebankan PETRONAS dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10%.  Sedangkan DS Sri Najib,, yang mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS,  telah menyebabkan hutang negara meningkat 5 kali ganda.  Bajet defisit berkekalan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar 4% - 5% sahaja. Malangnya Malaysia mempunyai seorang PM yang sedikit bengap dan dungu !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan