Rabu, 19 Disember 2012

Umno masih hidangkan makanan basi ! Isu amanat Haji Hadi di recycle semula



Hari ini Umno melihat PAS semakin berkembang, dipercayai dan diterima baik oleh banyak pihak, terutama masyarakat Islam di negara ini ,  ini terbukti  dengan bertambahnya ahli Dewan Penyokong PAS dan penyertaan tokoh-tokoh penting ke dalam PAS.

Sebaliknya Umno sendiri dalam keadaan tercungap-cunyap, tinggal nyawa ikan, ibarat nazak menunggu mati, namun mereka masih cuba bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya.  Seperti biasa mereka tidak serik untuk terus memainkan kembali isu lapok dengan harapan dapat  menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka.
Maka tidaklah mengejutkan dalam sehari dua ini isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah semula. Niat mereka tak ada lain,,semata-mata mahukan isu tersebut akan bermain di bibir umat Islam di negara ini,, sekali gus boleh  memadam imej baik yang dimiliki oleh PAS..

Kesian pulak melihat nasib Umno!  Mereka sebenarnya sudah tidak boleh berfikir secara sihat lagi,, ditambah pula mereka kepupusan ahli-ahli yang cerdik dan berilmu,, lalu timbullah tidakan-tindakan bebal lagi bodoh. Mana mungkin makanan basi boleh dimakan lagi, walaupun setelah direncah dan dimasak semula. Cerita lapok  atau  makanan basi  ini lazimnya menjadi habuan tong sampah!!  

Sedarlah wahai pemimpin Umno!!  Isu-isu besar, yang melibatkan rasuah, kecurangan dan salahguna kuasa pemimpin Umno masih belum terjawab. Inilah yang rakyat mahu dengar dan dapatkan penjelasan,  bukan mendengar cerita basi yang sudah tidak relevan.     Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan