Khamis, 6 Disember 2012

Cuai dan bodohnya polis Malaysia !!


Sejak Dato’ Hishamudin Tun Husien menjadi menteri keselamatan dalam negeri yang menjaga hal ehwal polis,  berbagai bentuk kecuaian dan lucu yang tidak wajar berlaku telah berlaku!  Ia telah mencemarkan imej polis dan memalukan PDRM sendiri!!

Semalam dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 November lalu kerana kes pecah rumah, dilaporkan telah terlepas dari kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya.    Kejadian berlaku ketika dua tahanan warga Colombia itu serta beberapa tahanan lain sedang dibawa dari lokap Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias dalam satu sidang media semalam,   kesemua tahanan itu diiring tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai pengiring.  Beliau juga tidak menolak kejadian berlaku akibat kecuaian pihak polis dan menegaskan siasatan sedang dijalankan secara terperinci. Apa-apa pun lagi elok kalau menteri polis ni letak saja jawatan !!

Begitulah lucu dan cuainya polis Malaysia !  Disebabkan kecuaian yang disengajakan itulah kebodohan polis Malaysia terserlah!!  Kalau nak dikirakan salahlaku atau silaplaku polis Malaysia rasanya terlalu banyak !  termasuk membiarkan campor tangan politik, bersubahat dengan penjenayah dan sebagainya seperti yang disebut oleh dua bekas orang kanan Polis baru-baru ini.  Polis menyamar untuk merompak pernah berlaku, polis merogol orang awam atau orang tahanan pernah berlaku,  polis menembak orang awam juga sudah beberapa kali berlaku, ia bukan lagi perkara luar biasa.  Bab-bab terlepas orang tahanan pula, tidak kurang juga jumlahnya!

Kepada Dato’ Hishamudin, yang juga sepupu kepada Najib !!!  Sampai bila imej polis terus dalam keadaan lesu dan tercalar? Kalau rasa dah tak mampu nak baiki imej polis,  sekali lagi diingatkan, letaklah jawatan.   kerana sampai sekarang,  banyak persoalan yang menjadi tanda tanya orang ramai masih belum terjawab !  Kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Dato’ banyak yang tak boleh pakai !  Kecurangan dan kecuaian polis masih nak disorok !!  .
Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan