Selasa, 25 Disember 2012

PERINGATAN BUAT UMNO SELANGOR !


Umno Selangor mengaku rakyat sudah pun menghukum mereka dalam PRU ke-12 yang lalu,    “Jangan ungkit isu lampau,  rakyat dah hukum kami”, kata mereka.    Tetapi apa yang Umno mahu disebalik pengakuan itu?  Umno mahu rakyat memaafkan mereka? dan memberi mereka memegang kuasa sekali lagi?   Oh, tidak!  tidak semudah itu!  Rakyat Selangor tidak mudah diperdaya!  Dosa 55 tahun takkan boleh ditebus dalam setahun dua. 
 
Mengaku menerima kekalahan setelah  kalah dalam pertarungan,  budak sekolah rendah pun boleh buat. Tetapi sanggupkah Umno membuat pengakuan untuk memperjelaskan kepada seluruh orang Melayu apa dosa dan pengkhianatan yang telah mereka lakukan keatas orang Melayu selama ini?  Sanggupkah Umno? Pengakuan secara umum seperti yang dibuat oleh Najib, Noh Omar dan penyelaras BN Selangor  Datuk Seri Mohd Zin Mohamad serta segelintir pemimpin Umno Selangor   itu tak boleh pakai !  Pengakuan begitu hanya sesuai untuk didengar oleh budak-budak tadika saja.

Wahai seluruh pemimpin Umno!!  Bila agaknya kalian mahu membuktikan yang kalian sudah insaf dan benar-benar sudah jadi baik?  tidak rasuah, tidak menipu, tidak khianati bangsa dan sebagainya?  Kalau sekadar mengaku nak jadi baik itu belum cukup!  Bersihkan dulu dosa-dosa yang bertimbun yang pernah kalian lakukan sepanjang 55 tahun yang lalu.  Bersihkan diri dari segala sifat-sifat keji dan zalim kalian selama ini. 

Begitu juga dengan sifat taksub dan khurafat yang dibawa oleh Umno,, ia perlu dibuang jauh-jauh. Akhir sekali Umno perlu berlapang dada dan dengan rela duduk di kerusi pembangkang untuk tempoh sekurang-kurangnya dua penggal terlebih dahulu. Buktikan kalian boleh jadi pembangkang yang baik, yang boleh berhujah dengan baik lagi bernas.  Setelah segala-galanya dirasa dan dilihat baik,  barulah kalian boleh menagih sokongan dari orang Melayu. Mungkin pada ketika itu Umno boleh bersatu dengan PKR  -  rahimothman



Tiada ulasan:

Catat Ulasan