Isnin, 24 Disember 2012

Politik dengki dan busuk hati Zainudin


Rendah betul moral atau martabat bekas wartawan hebat produk Umno yang bernama Zainuddin Maidin ini. Walau pun pernah menjadi menteri penerangan buat seketika kemudian kalah kepada calun PKR dalam PRU 12 yang lalu, namun itu belum cukup mematangkan halatuju politiknya.   

Dari awal sampai pencen kekal dengan politik mengampu dan busuk hatinya. Perbuatannya menghina bekas bekas presiden Indonesia baru-baru ini amat memalukan negara dan rakyat Malaysia.   
 
Begitu mudah beliau melebelkan Habibie, dan rakan baiknya DS Anwar sebagai “anjing imperialisme”  Wow,! dahsyat!  Gelaran sebegini cukup melampau!  Bekas pemimpin Malaysia dan Indonesia yang cukup popular dan berkarisma itu disamakan dengan anjing. Celaka betul si mamak yang mengaku Melayu ini.  Sedarkah dia? yang dia hanya seorang wartawan busuk, wartawan pengampu yang disisih oleh rakyat bahkan oleh Umno sendiri? Bukankah selayaknya beliau dilebel sebagai  Wartawan anjing kurap? - rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan