Ahad, 30 Disember 2012

Boleh percaya kah cakap Rais Yatim?


Janji atau cakap yang keluar dari mulut parti syaitan (syaitan dikenali) boleh percaya ke?  Asal namanya pemimpin Umno,  daripada PM nya sampai kepada menteri,,bahkan ketua bahagian pun,,  susah nak percaya cakap-cakap mereka ini.  PM Najib sudah terbukti banyak kali berbohong kepada rakyat terutama pembangkang. Semalam si Rais menteri yang kuat mengampu ini membuat kenyataan kononnya kerajaan bersedia membenarkan Haji Hadi membuat penjelasan berhubung isu amanat Haji Hadi di TV,  bagaimana pun ia mestilah dibuat secara rakaman.   

Kah, kah, ! kah !!   Izin,, tapi dengan rakaman?  Tentu ada muslihat!!  Kenapa tak berani buat siaran langsung? Takut? Kalau rakaman sudah tentulah ada yang diedit dan dipotong. Akhirnya apa yang nak diperjelaskan oleh Haji Hadi tak sampai kepada orang ramai,,,  yang dapat untung ialah Umno, kerana kenyataan Haji Hadi yang telah diedit itu akan memakan diri Haji Hadi dan PAS sendiri. Umno sebenarnya hanya nak tunjuk baik sempena saat nak mengundi ini,,nak ambil hati rakyat lah konon!,,, itu saja.
Berhati-hatilah wahai seluruh kepimpinan PAS !  Tun Mahathir bekas presiden mereka pernah mendakwa Umno sebuah parti yang  sudah busuk sampai keusus, bermakna setiap yang keluar mulut mereka sudah pasti berbau busuk. Orang yang sama juga pernah mendakwa Umno adalah sebuah parti syaitan (syaitan dikenali). Setiap orang Islam wajib percaya bahawa kerja syaitan ialah menipu dan memperdaya semua manusia?  -  rahimothman

1 ulasan: