Selasa, 11 Disember 2012

Antara keduanya, kenyataan siapa yang lebih jujur ?



Kenyataan yang dibuat dua bekas orang kuat PDRM, Musa Hasan, dan Ramli Yusuf nampaknya macam tak ada kesudahan. Dakwaan Ramli Yusuf yang sebelum ini menuduh Musa Hasan terlibat dengan kongsi gelap dan melindungi ketua kumpulan tersebut bagaikan ada kebenarannya.  
Dan Musa pula dalam kenyataan balasnya menyoal balik bagaimana Ramli dapat mengumpul harta yang begitu banyak semasa berkhidmat. Nampaknya tuduhan tidak berjawab,  tuduhan lain pula yang timbul. Antara kedua-dua dakwaan,  ianya sangat berbeza,, satu soal mengkhianati tugas polis,, satu lagi soal mengumpul harta. Sebagai seorang KPN satu ketika dulu,yang mana satu yang menjadi keutamaan Musa untuk ditegakkan?.

Nampaknya masing-masing menuduh antara satu sama lain. Siapa yang benar-benar ikhlas nak bersihkan PDRM, dan siapa pula yang berpura-pura disebabkan ada kepentingan,  rasanya orang ramai dah boleh meneka. Mengikut rasmi anjing biasanya bila dia tersepit dia kan menyalak dan meraung,, mudah-mudahan ada orang menolong!.

Macam ada suara ghaib menyuruh Musa bersuara! .
Ramli Yusuf di awal persaraannya lagi  beliau sudah membuat dakwaan bahawa PDRM dan Musa Hasan telah menyalahguna kuasa dengan mendedahkan beberapa bukti. Tetapi Musa Hasan, kenapa setelah dua tahun bersara baru sekarang nak dedahkan itu dan ini,  termasuk campor tangan menteri dalam PDRM. Yang jadi pertanyaan kenapa masa berkhidmat dulu dia tak sebut?   Tak apalah!, barangkali ketika itu beliau takut dipencenkan awal.  

Barangkali keduanya tidak betul!  tetapi yang paling tidak betul sudah tentulah sibapak yang pernah menjadi ketua polis nombor wahid (KPN).  Berbalik kepada tuduhan dan dakwaan kedua-dua bekas tokoh PDRM ini.  Apakah tuduhan dan luahan hati mereka itu jujur dan ikhlas? semata-mata untukmemperbetulkan salahlaku dalam PDRM dan kerajaan yang ada hari ini?. Setakat ini penulis belum nampak kelikhlasan mereka, melainkan mereka menyokong dan menyertai Pakatan Rakyat ! Mereka sepatutnya sudah nampak betapa curang dan tempangnya kerajaan BN hari ini. 

oleh : rahimothman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan