Dalam sehari dua ini, pendedahan demi pendedahan telah
dibuat oleh Deepak, seorang usahawan kapet terkenal, tentang penglibatan Najib
dalam pembunuhan ngeri seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Sharibuu.
Pengakuan bersumpah SB Bala kali kedua, dikatakan ada melibatkan Najib dan
keluarga.
Dakwaan terbaru,, menurut Deepak lagi,, Najib terlibat dengan rasuah dalam satu projek kementerian pertahanan, semasa menjawat Menteri Pertahanan pada 2006, di mana kes ini turut melibatkan ketua wanita Umno Selangor. Najib bukan saja takut tetapi tentu sekali cemas atau lemas dalam berdiri. Ini terbukti apabila peguam Perancis dilarang memasuki Malaysia setelah dijemput oleh ketua pembangkang untuk memperjelaskan isu kapal selam Scorpene kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.
Dengan isu rasuah kapal selam, pembunuhan Altantuya dan terbaru isu rasuah dalam kementerian pertahanan, ia sudah menjadi seperti bangkai gajah,, nak diserkup tak boleh,, terlalu besar. Reputasi Najib kini benar-benar tercemar ! Sebelum SPRM menyelongkar lebih baik Najib angkat bendera putih! Kepada Hishamudin Tun Husien, jangan pula menghalang tugas SPRM mahu pun PDRM - sebagaimana yang dilapor oleh Musa Hasan bekas KPN baru-baru ini. Walaupun Najib sepupumu siasat tetap siasat,! Jangan tak siasat!!, Jangan cuba melindungi Najib kerana tembelangnya sudah pecah dan berbau hingga kehujung dunia !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan