Jumaat, 31 Ogos 2012

PRU13: Lajim rancang tubuh parti politik baru


Sumber : Bernama 
Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  
Katanya permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari ini.
 
"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan
bertanding di bawah parti baru," kata bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu dalam satu sidang media semalam.

Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baru itu.    "Kami sudah mempunyai logo dan perlembagaan telah digubal...barisan kepimpinan pun sudah diatur," katanya.
  
Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang.   Bulan lalu, Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort dan tidak sebagai ahli Umno.  Berikutan tindakan itu, pelantikan sebagai timbalan menteri kemudian dibatalkan.

Khamis, 30 Ogos 2012

Tangan mangsa ragut, hampir putus!!


Jenayah menjadi-jadi,, tak lojik kadar jenayah menurun !!
 
Hari-hari kita dihidangkan dengan berita jenayah,, bunuh, rompak ragut dan sebagainya.  Kadang-kadang kita dah naik bosan membaca berita-berita sebegini.  Penjenayah makin bermaharajalela, tak mengira tempat dan masa. Di tengah khalayak ramai pun mereka sanggup buat. Jangan terkejut penjenayah tiba-tiba muncul didepan rumah,, atau tiba-tiba muncul ditepi pintu kereta kita.  Terbaru,, di Kota Bharu seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan akibat ditetak oleh seorang peragut di hadapan pusat membeli belah  di Jalan Sultanah Zainab di sini, semalam.

Mangsa,   Rohaini Abdullah, 36,  yang sedang  berjalan menuju  ke tempat letak keretanya, tiba-tiba diserang peragut. Peragut yang gagal merentap beg mangsa, bertindak nekat menetak pergelangan tangan kiri mangsa dengan objek tajam. Jeritan mangsa dan kerumunan orang ramai telah menyebabkan peragut panik dan terus melarikan diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang rakannya.   Difahamkan,  peragut gagal  melarikan barang berharga milik mangsa dan mangsa  sempat dikejarkan kehospital dalam keadaan berlumuran darah.

Barang selamat,  tetapi tuan punya diri cedera parah dan nyawa hampir melayang pun tak guna.  Begitulah malangnya rakyat Malaysia ! lebih-lebih lagi mereka yang menjadi mangsa!  Kenyataan menteri yang mengatakan Malaysia sebuah Negara selamat sememangnya tak boleh pakai!, kenyataan haprak belaka !!    Ia sangat bercanggah dengan hakikat sebenar. Begitu juga  kenyataan KPN yang kononnya kadar jenayah semakin menurun adalah satu pembohongan!.  Sampai bila orang ramai mahu ditipu?

Kepada PDRM !  bertanyalah kepada diri sendiri,,  Kenapa jenayah menjadi-jadi ? Kenapa penjenayah semakin berani?  Mereka bagaikan tidak peduli dengan kewujudan PDRM !  tidak takut langsung dengan hukuman ! Kenapa?  Barangkali mereka tahu tanggung jawab PDRM kepada keselamatan awam hanya sekadar melepaskan batuk ditangga!  Atau PDRM ada alasan,, mereka tak cukup pegawai untuk mengawal tempat berisiko tinggi.berlakunya jenayah.

Inilah akibatnya kalau PDRM terlalu mengahabiskan masa untuk tugas yang tak perlu dan tak penting !!  Terlalu sibuk menjaga pemimpin Umno dan parti Umno. Lebih parah lagi mereka sanggup buang masa menyiasat dan mengganggu program-program parti pembangkang,  menangkap orang ramai yang bukan penjenayah di berhimpun aman !   Wahai PDRM !  cukup-cukuplah tu !!   Kalian sepatutnya berkerja kuat dalam usaha membenteras jenayah yang semakin berleluasa,  bukan berkerja keras mempertahankan Umno !!

Oleh : rahimothman



Rabu, 29 Ogos 2012

Setelah tahu,, Umno dan pemimpinnya penyangak ,,,,,,


Setelah mereka tahu bahawa Umno dan pemimpinnya adalah penyangak besar, takkan mereka nak tunggu lagi ! Takkan mereka nak terus bersubahat dengan penyangak berlesen itu? Nasib dan masa depan orang Melayu serta rakyat Malaysia ‘amnya adalah lebih penting dari menjaga kepentingan segelintir pemimpin Umno!   Jadi jalan terbaik ialah meninggalkan parti Umno dan menyokong pembangkang ! kerana perubahan yg mahu dibawa oleh pembangkang jauh lebih besar,,  jauh lebih baik !!. 
 
Kepada Umno dan seluruh kepimpinan Umno !!  Cukuplah selama ini slogan “Ketuanan Melayu” dijadikan senjata   utama untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa.  Begitu juga dengan kata-kata berpuaka yang berbunyi ,,,  hanya Umno yang berhak dan layak memerintah !!!  Semua itu tidak boleh dipakai lagi! , sepatutnya sudah lama  berkubur!!   Ketaatan membabi buta orang Melayu kepada Umno yang tak ada bezanya dengan ketaatan Hang Tuah kepada Sultan Melaka harus dinoktahkan segera !!

Akhir sekali penulis ucapkan tahniah kepada Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Tamrin Ghaffar  dan beberapa bekas pemimpin Umno lain yang telah membuat keputusan yang berani dan tepat untuk berhijrah !  Tahniah juga kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan yang baru bersara dan memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan !  Wadah untuk mengubah lanskap politik Negara yang sudah begitu lama beku, kuno dan fanatik!!

Oleh : rahimothman