Isnin, 27 Ogos 2012

Kurang sopan betul imam muda ini !

 
Kurang sopan betul imam muda Umno ini!  Tujuan beliau mungkin baik – mengajak Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz untuk berbincang mengenai Hukum Hudud !  tetapi cara beliau mempelawa Tok Guru agak kurang manis.                                                 Kalau dia seorang Mufti, atau Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya menteri, mungkin wajar beliau menjemput Tok Guru menemuinya,  tetapi dia bukan siapa-siapa, terlalu muda pulak tu. Kalau dia betul-betul ikhlas apa salahnya dia sendiri turun ke teratak Nik Aziz? Muda kepada yang lebih tua !  Kan lebih manis dan sopan?

Dia seolah-olah  menjemput Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS datang kepadanya untuk berbincang permasaalahan pelaksanaan hukum hudud.  Besar sangatkah dia?  Bila Najib melantiknya sebagai wakil Umno untuk berbincang dengan Nik Aziz?  Jangan sampai terbesar senduk dari mangkok !!

Baca seterusnya disini  -  http://www.sinarharian.com.my/politik/hudud-fathul-bari-pelawa-nik-aziz-bincang-1.79002

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan