Sabtu, 4 Ogos 2012

Najib yang hipokrit,.. terus kelentong rakyat


Dalam usaha Najib Razak nak menarik sokongan dan kepercayaan  orang Melayu,  beliau tanpa segan silu menggunakan isu agama untuk membohongi rakyat. Sebelum ini pun dalam banyak hal Najib kerap berbohong!  Contoh,..isu Altantuya,  isu kapal selam, isu BERSIH dan banyak lagi !

Semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At Taqwa, Paroi  semalam,  Najib mendakwa  falsafah dan prinsip beliau dalam urustadbir  Negara adalah berpaksikan Al Quran dan Sunnah.   Ish !  ish! Ish!  bohong lagi!  Inilah bapak segala hipokrit !  . tak habis-habis nak menipu
 
Selama ini kerajaan Najib cukup puas memperalat akta ISA,  OSA, menyiksa tahanan politik,  menyalahguna kuasa, rasuah dan menipu !!  Tentang arak dan judi pula kerajaan BN boleh dikata sudah mengiktiraf gejala buruk ini.  Apakah ini yang dikatakan Najib berpaksi pada Al Qur’an?  

Mari kita renung kembali,…Qur’an tidak mengajar SPRM membunuh mana-mana saksi dalam apa jua kes!    Qur’an tidak menghalalkan PDRM membuli,  mendera dan membunuh rakyat sesuka hati !  Contoh – kes polis tembak remaja,.. kes polis bunuh rakyat Memali !  dan banyak lagi,..Apakah semua ini dituntut oleh Al Qur’an?  Dengan tok guru mana Najib belajar ?

Kenyataan Najib ibarat mempersenda Al Qur’an :   Soal “wasatiyah” pun Najib dah hancur,  ini pula nak bercakap soal paksi Al Qur’an ! Bertaubatlah Najib!  berhentilah membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat hipokrit yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat.  Kamu mengaku mentadbir Negara berpaksikan Qur’an konon !  sedangkan pelaksanaannya kabur !  lintang pukang,.bahkan ada perkara yang haram dah jadi halal!!  Bukankah itu satu penipuan?

Duhai Najib bakal PM terakhir !!   Kalau setakat kewujudan University Islam, Bank Islam dan menganjurkan Musabaqah Al Quran saban tahun,  maka kamu  nak kata itulah bukti Malaysia mentadbir berpaksikan Qur’an, tak payah lah !!  Hakikatnya rakyat Malaysia sendiri dah tahu,.. Islam bawaan Umno ialah Islam separuh separuh !  Separuh ikut, separuh tak ikut !!!

oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. najis n najip ttp busuk
    nicaziz 4u u4 DAH IKHWAN Weblog
    kelentong uhelp me ihelp fulus

    BalasPadam