Jumaat, 31 Ogos 2012

PRU13: Lajim rancang tubuh parti politik baru


Sumber : Bernama 
Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  
Katanya permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari ini.
 
"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan
bertanding di bawah parti baru," kata bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu dalam satu sidang media semalam.

Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baru itu.    "Kami sudah mempunyai logo dan perlembagaan telah digubal...barisan kepimpinan pun sudah diatur," katanya.
  
Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang.   Bulan lalu, Lajim melepaskan jawatan sebagai ahli MT Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort dan tidak sebagai ahli Umno.  Berikutan tindakan itu, pelantikan sebagai timbalan menteri kemudian dibatalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan