Tak mungkin
dia nak memujuk Najib masuk PAS,.. tetapi yang pasti dia membenarkan dirinya
dipujuk oleh Najib untuk sesuatu tujuan!!
Badannya sahaja kelihatan di dalam PAS,. sedangkan hati dan jiwanya
dalam Umno !
Dia ni umpama
anai-anai yang hidup di dalam akar sebatang pokok. Kalau tidak dimusnahkan
anai-anai itu, satu hari nanti tidak
mustahil pokok akan tumbang. Begitukah nasib yang akan menimpa PAS?,. harap-harap
tidak.
.
Lain-lain
perumpamaan yang sewaktu dengannya ialah macam api dalam sekam atau duri dalam
daging. Kesemuanya bermaksud membawa kearah kearah kemudaratan ! Sama lah dengan
ustaz yang dah hilang populariti ini. Dalam PAS sumbangannya tak sebesar
mana! Duduk dalam Majlis Syura pun
ibarat ada serupa tiada ! tak bersuara
dan tak memberi apa-apa makna. Agaknya
kalau dalam Umno tentu dia boleh join imam muda Fathul Bari. Kalau bernasib
baik mungkin Najib beri dia senator, tetapi kalau nasib tak baik sudah tentu
dia jadi barang antik yang dilelong tak laku!!
Oleh :
rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan