Rabu, 29 Ogos 2012

Setelah tahu,, Umno dan pemimpinnya penyangak ,,,,,,


Setelah mereka tahu bahawa Umno dan pemimpinnya adalah penyangak besar, takkan mereka nak tunggu lagi ! Takkan mereka nak terus bersubahat dengan penyangak berlesen itu? Nasib dan masa depan orang Melayu serta rakyat Malaysia ‘amnya adalah lebih penting dari menjaga kepentingan segelintir pemimpin Umno!   Jadi jalan terbaik ialah meninggalkan parti Umno dan menyokong pembangkang ! kerana perubahan yg mahu dibawa oleh pembangkang jauh lebih besar,,  jauh lebih baik !!. 
 
Kepada Umno dan seluruh kepimpinan Umno !!  Cukuplah selama ini slogan “Ketuanan Melayu” dijadikan senjata   utama untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa.  Begitu juga dengan kata-kata berpuaka yang berbunyi ,,,  hanya Umno yang berhak dan layak memerintah !!!  Semua itu tidak boleh dipakai lagi! , sepatutnya sudah lama  berkubur!!   Ketaatan membabi buta orang Melayu kepada Umno yang tak ada bezanya dengan ketaatan Hang Tuah kepada Sultan Melaka harus dinoktahkan segera !!

Akhir sekali penulis ucapkan tahniah kepada Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Tamrin Ghaffar  dan beberapa bekas pemimpin Umno lain yang telah membuat keputusan yang berani dan tepat untuk berhijrah !  Tahniah juga kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan yang baru bersara dan memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan !  Wadah untuk mengubah lanskap politik Negara yang sudah begitu lama beku, kuno dan fanatik!!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan