Jenayah menjadi-jadi,, tak lojik
kadar jenayah menurun !!
Hari-hari
kita dihidangkan dengan berita jenayah,, bunuh, rompak ragut dan
sebagainya. Kadang-kadang kita dah naik
bosan membaca berita-berita sebegini.
Penjenayah makin bermaharajalela, tak mengira tempat dan masa. Di tengah
khalayak ramai pun mereka sanggup buat. Jangan terkejut penjenayah tiba-tiba
muncul didepan rumah,, atau tiba-tiba muncul ditepi pintu kereta kita. Terbaru,, di Kota Bharu seorang pembantu
klinik swasta hampir putus pergelangan tangan akibat ditetak oleh seorang
peragut di hadapan pusat membeli belah
di Jalan Sultanah Zainab di sini, semalam.
Mangsa, Rohaini Abdullah, 36, yang sedang
berjalan menuju ke tempat letak
keretanya, tiba-tiba diserang peragut. Peragut yang gagal merentap beg mangsa,
bertindak nekat menetak pergelangan tangan kiri mangsa dengan objek tajam. Jeritan
mangsa dan kerumunan orang ramai telah menyebabkan peragut panik dan terus melarikan
diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang rakannya. Difahamkan,
peragut gagal melarikan barang
berharga milik mangsa dan mangsa sempat
dikejarkan kehospital dalam keadaan berlumuran darah.
Barang
selamat, tetapi tuan punya diri cedera
parah dan nyawa hampir melayang pun tak guna.
Begitulah malangnya rakyat Malaysia ! lebih-lebih lagi mereka yang
menjadi mangsa! Kenyataan menteri yang
mengatakan Malaysia sebuah Negara selamat sememangnya tak boleh pakai!, kenyataan
haprak belaka !! Ia sangat bercanggah
dengan hakikat sebenar. Begitu juga kenyataan
KPN yang kononnya kadar jenayah semakin menurun adalah satu pembohongan!. Sampai bila orang ramai mahu ditipu?
Kepada
PDRM ! bertanyalah kepada diri sendiri,,
Kenapa jenayah menjadi-jadi ? Kenapa penjenayah
semakin berani? Mereka bagaikan tidak peduli
dengan kewujudan PDRM ! tidak takut
langsung dengan hukuman ! Kenapa?
Barangkali mereka tahu tanggung jawab PDRM kepada keselamatan awam hanya
sekadar melepaskan batuk ditangga! Atau
PDRM ada alasan,, mereka tak cukup pegawai untuk mengawal tempat berisiko
tinggi.berlakunya jenayah.
Inilah
akibatnya kalau PDRM terlalu mengahabiskan masa untuk tugas yang tak perlu dan
tak penting !! Terlalu sibuk menjaga pemimpin
Umno dan parti Umno. Lebih parah lagi mereka sanggup buang masa menyiasat dan
mengganggu program-program parti pembangkang,
menangkap orang ramai yang bukan penjenayah di berhimpun aman ! Wahai
PDRM ! cukup-cukuplah tu !! Kalian
sepatutnya berkerja kuat dalam usaha membenteras jenayah yang semakin
berleluasa, bukan berkerja keras
mempertahankan Umno !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan