Khamis, 16 Ogos 2012

Sesuaikah lagi dia duduk dalam PAS ?


Isu berbaik-baik dengan PM & Umno :  Apa yang berlaku hari ini jelas memperlihatkan Nasharuddin Mat Isa bekas timbalan Presiden PAS  merangkap ahli Parlimen Bachok adalah seorang ahli politik yang  begitu ekstrem dalam agama !!  Mengapa dia perlu risau dengan kenyataan basi sepuluh tahun lalu yang keluar dari mulut Karpal Singh yang berbunyi ,.. “langkah mayat saya dulu kalau nak laksana hudud”
 
Bukan dia tak sedar bahawa kenyataan Karpal Singh itu adalah kenyataan peribadi,.bukan kenyataan parti DAP,. Macam le dia tak tahu bahawa polisi atau dasar sesebuah parti  adalah ditentukan  oleh parti,  bukan individu !  nampak sangat ahli parlimen Bachok ini memperbodohkan diri sendiri !  Sepatutnya kalau beliau benar-benar marah dengan Karpal,.  dari awal lagi beliau sudah buat protes dengan PAS, bukan sekarang! 

Duduk dalam PAS dah lama,  tetapi keputusan parti dan keputusan Majlis Syura  dia buat-buat macam tak tahu !  Tak sangka pulak pemimpin PAS ini ada sifat hipokrit macam pemimpin Umno. Sesuai benar kalau dia ni bersatu dengan Hasan Ali alJATI dan tubuh parti baru,. Kita boleh tengok,. Meletop atau melingkup !! 

Berbalik pada sikap protes Ustaz berdagu mancung ini,.. Bila dah terlepas jawatan Timbalan Presiden PAS,.. seharusnya beliau bermuhasabah diri,  bukan bersikap banyak songe !  tak ubah macam perangai Hasan Ali.  Pemimpin jenis apa ini? Carilah alasan yang kukuh kalau nak desak PAS putuskan ikatan dengan Pakatan Rakyat. Alasan yang kamu beri itu begitu dangkal. Yang bijak-bijak dalam Majlis Syura  PAS itu kamu ingat cerdiknya sama macam kamu?  Jauh panggang !,..

Seperti yang sudah diketahui umum Umno sejak dulu lagi tidak bersetuju dengan hudud, dan akhir-akhir ini MCA dengan jelas menyatakan pendirian menentang hukum hudud.  Kebetulan kamu pula sekarang ini begitu baik dan intim dengan Najib/Umno.  Kenapa kamu tidak mendesak Najib agar MCA dikeluarkan dari BN?  Parti sendiri yang berada di landasan yang betul kamu kata tak betul,. dan parti Umno yang berada di landasan yang tak betul kamu kata betul !  Haghu teman tengok gelagat kamu ! Eloklah kamu insaf cepat-cepat sebelum dipecat !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan