Ahad, 19 Ogos 2012

Bukan pelik,.. buat kerja tanpa niat !!

 
Ustaz Nasharuddin Mat Isa bekas timbalan Presiden PAS menafikan beliau masuk Umno, malah dengan tegas memaklumkan bahawa beliau tidak pernah ada niat untuk masuk Umno. Kita pun faham,  kadang-kadang apa yang disebut tak sama dengan apa yang berlaku.

“Saya tak ada niat nak masuk Umno”  demikian tegas Ahli Parlimen Bachok yang popularitinya suam-suam kuku ini apabila ditanya oleh wartawan. Bukan pelik pun kalau ustaz Nasha  masuk Umno tanpa niat . Dalam dunia ini ada banyak  contoh kes berlaku tanpa niat!  Ada orang  membunuh tanpa niat !!  Ada orang terketagih dadah tanpa niat !  malah ada orang yang melakukan zina tanpa niat !!! Di Sarawak pula berapa ramai orang masih berjinak-jinak dengan sungai tanpa ada niat untuk mati dibaham buaya !!! sedangkan dah ramai yang menjadi mangsa !

Ustaz Nasha tak perlu memberi berbagai alasan, jika pun beliau nak mengorat Najib atau Najib mengorat beliau !  Kerana untuk menyokong Najib atau Umno sememangnya beliau tak perlu menjadi ahli Umno!!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan