Ahad, 26 Ogos 2012

Dah kena dah! Mahathir samakan BN dengan syaitan !!!


Tetapi tidak wajar Mahathir samakan PR dengan Malaikat !!



Mahathir tidak percaya malaikat !  lebih percaya syaitan ! tetapi sedarkah Madey,,  tidak lengkap Islam seseorang itu jika tak percayakan  malaikat  yg merupakan salah satu dari rukun iman?.

 

Kenyataan Mahathir yang menyebut bahawa BN adalah parti syaitan memang dah kena pada tempatnya. Selari dengan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa parti Umno dah busuk sampai ke usus! dan ahli Umno pula terdiri dari manusia yang bengap-bengap belaka. Yang Mahathir belum kata ialah pemimpin Umno adalah perompak harta rakyat !!  Tunggu sikit hari lagi,  mungkin beliau akan sebut.

 

Oleh kerana pemimpin Umno ramai yang bengap termasuk Mahathir sendiri, maka tidak hairanlah Mahathir menyamakan Pakatan Rakyat sebagai Malaikat, walhal Malaikat bukanlah boleh disamakan dengan sesuatu atau menjadi satu bahan perbandingan !  Begitulah terdesak dan sesak nafasnya Mahathir ketika ini,, bercakap semakin sasau dan meraban tak tentu hala!

 

Kalau Mahathir sanggup berkata Barisan Nasional / BN itu ibarat syaitan yang kita kenal, dan PR pula ibarat malaikat yang tak dikenali,   itu adalah haknya,, Untuk beliau menyokong dan menyatakan syaitan lebih baik dari malaikat itu juga haknya,,  tetapi mengajak rakyat menyokong BN parti busuk dan tidak bermoral itu,  samalah seperti  mengajak rakyat masuk jamban !  Kalau Mahathir nak berbangga dengan parti jambannya, teruskanlah !  Jangan paksa rakyat ikut sama,  kerana rakyat sudah serik sekian lama diperbodohkan oleh UmnoBn!  -   rahimothman


1 ulasan: