Rabu, 15 Ogos 2012

Akan muncul ular berkepala dua?


Dulu Hasan Ali,. Kini Nasha? :  Teman ada sedikit rasa bercelaru dengan apa yang telah berlaku dengan bekas timbalan presiden PAS yang bernama Nasharuddin Mat Isa ini !  Apa yang tak kena dengannya? Apakah beliau terlalu kecewa kerana tak dapat pegang jawatan dalam parti?  Atau cadangannya agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat tidak dilayan?  Atau beliau telah dihasut oleh syaitan Umno agar mengkhianati partinya PAS?

Sejak beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS, beliau seolah-olah menyimpan dendam kepada seseorang atau seluruh kepimpinan PAS!  Pernah suatu ketika beliau dia kelihatan menunjuk-nunjuk keakrabannya dengan Timbalan Perdana Menteri, dan yang terbaru beliau memperlihatkan keintimannya dengan PM,.. khabarnya beliau turut mengiringi Najib ke Mekah. Bertindak sebagai penasihat PM atau jurubahasa kita kurang pasti !  tetapi ia jelas merupakan satu protes kepada PAS! 
 
Tidak mustahil Presiden Umno ada menjanjikan sesuatu! :   Sudah terbukti,  tidak ada siapa pun yang menyokong Umno tanpa mendapat apa-apa habuan! termasuk wakil Rakyat dari Bachuk Kelantan ini. Memang benar kalau beliau beranggapan  berbaik dengan Umno atau masuk Umno sangat menguntungkan diri dan keluarganya tanpa memikirkan nasib masa depan Melayu dan Islam di negara ini !  Dan memanglah mudah kalau beliau mencari alasan bahawa Umno lebih islamik dari PAS !  walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya!

Kita melihat Ustaz Nasha bagaikan sudah meragut umpan yang diberi oleh Presiden Umno yang mungkin menjanjikan sesuatu untuknya? Kalau bekas pemimpin utama PAS Datuk Asri dan ustaz Nakaie pernah dipeletuk oleh Umno dan akhirnya terjun kedalam parti Umno, apalah sangat dengan Ustaz Nasha. Benar kata sesetengah orang,  habuan dunia  itu kadang-kadang boleh mengatasi habuan akhirat,.. ini bagi mereka yang tamak dan pentingkan dunia. Kalau benar, beginilah sikap segelintir pemimpin PAS ..alangkah rugi dan murahnya nilai diri seorang pejuang Islam !!  Namun kita mesti bersyukur kerana lebih dari 95% ahli PAS masih istiqamah dalam memperjuangkan Islam di pentas PAS. Kalau Ustaz Nasha begitu mudah digula-gula oleh Umno, dan ghairah sangat nak sokong Umno,..silakan! .  Inilah yang dikatakan satu dalam seribu,.. tidak mustahil dalam setandan pisang ada sebiji dua yang busuk ! 

Jangan jadi jantan tak bertelor  :   Kenapa Ustaz Nasharuddin tak mahu bawa pandangannya ke Majlis Syura?. Kenapa bertindak senyap-senyap membelakangkan  parti? Bukankah itu menggambarkan tindakan orang yang pengecut!  Takkanlah nak jadi macam Najib juga?  Jantan tak bertelor !!   Kesal betul teman !!  Mula-mula dulu teman ingatkan mike salah seorang pejuang tulin Islam dalam PAS,.. rupa-rupanya tidak !..  mike 2x5 dengan Hasan Ali.  Nasihat teman pada Ustaz ni eloklah mike tinggalkan saja PAS, kalau rasa perjuangan Umno lebih baik dari PAS !  Jangan tunggu PAS memecat mike !!! .

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan