Ini bukan kali pertama Umno memperalat Umi Hafida dan
ibunya Che Tom Yahaya dalam usaha untuk memalu dan menjatuhkan imej Azmin Ali
dimata masyarakat. Oleh kerana Azmin adalah Timbalan Presiden PKR sekali gus
menjadi musuh Umno, maka imej buruk beliau mesti dicari atau diada-adakan dan
seterusnya dipaparkan didada akhbar, RTM dan TV3 suku. Itulah kerja Umno! Rakyat
Malaysia yang perihatin cukup faham dengan perkara ini..
Dan sudah diketahui umum Umi Hafilda adik kepada Azmin
adalah merupakan senjata Umno untuk menikam PKR khasnya Azmin dan Anwar. Umi
Hafilda sanggup diperalat oleh Umno untuk mengheret ibunya terlibat dalam
kancah politik kotor tajaan Umno. Maka dalam wawancara yang dibuat khas untuk
Che Tom ini, berlinanglah air mata siibu kerana kononnya Azmin sudah memutuskan
hubungan dengannya.
Persoalannya,
banyak lagi di luar sana kes-kes ububapa tua yang hidup dhaif lagi menderita akibat perbuatan anak-anak!.
Mengapa Umno memilih Azmin? Sudah tentu kerana ada keuntungan politik! Kelmarin Umno sekali lagi memperalat media
haprak mereka. Si ibu tua yang diheret oleh anak kesayangannya Umi Hafilda diberi
peluang berkata sesuatu tentang Azmin. Skripnya begitu enak bagaikan sudah
diatur! Che Tom meluahkan rasa sedih dan
kesal, kerana kononnya Azmin tidak mahu balik berhariraya dengannya.
Syabas dan tahniah TV3 dan Utusan !! Kalian nampaknya masih dengan muka tak malu
memaparkan kisah atau babak sedih yang sengaja dilakunkan,, sedangkan rakyat dah meluat mendengar dan
melihatnya!! Itulah cara permainan Umno yang dalam masa yang sama mengharapkan
orang ramai akan marah dan mengutuk timbalan presiden PKR itu kerana
kononnya telah mengabaikan hubungan
dengan ibunya! Apakah kata-kata Che Tom
itu semuanya benar, hanya Allah saja yang tahu!
Kita sebagai rakyat Malaysia yang waras tentu dapat
membezakan antara pucuk kecubung dengan pucuk paku,, satu beracun dan satu boleh dibuat
sayur. Begitu juga antara rumput dengan
lalang. Rumput yang sifatnya lembut, sentiasa merendahkan dirinya untuk
kesejahteraan orang lain, yakni ia rela dipijak. Manakala lalang sentiasa
menyakitkan mata memandang, sifatnya miang dan menikam jika kita mendekatinya.
Justeru, siapalah Umi dimata ibunya Che Tom. Baik
sangatkah budi pekertinya? Beretikakah mulut dan tutur katanya? Kenalkah dia
perbuatan mungkar dan fitnah? Menuduh Azmin sebagai anak derhaka adalah amat
keterlaluan. Masyarakat melihat dan menilai Azmin secara keseluruhan hidupnya,,
bukan dari satu sudut yang kecil !!!
Oleh : rahimothman
saya syor make tom jade calun pru 13. apamacam
BalasPadambodoh punye keldai Azmin and Azwan Haji Ali sama je... lu orang nye family matter pegi la sujud kat Mak Tom hari baik bulan baik ni samdol... pi kasi settle la (election ka, parti ka, glamour ka... belakang kira, Mak Tom ni lu orang nye keramat hidup... syurga di telapak kaki nye...banggang!!!, pastu tak payah tangkap gambar ke nak buat recording...etc. Lu orang bermaaf-maafan secara Iklas dan Jujur, Insyallah Ibu mana tak sayang anak ...dah jerih payah melahirkan kalian. Show some mercy la beb. Wassalam.
BalasPadam